Utusan Borneo (Sarawak)

NGO antarabang­sa bina dua telaga di Kampung Onoh, Kemboja

-

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabang­sa akan membina dua telaga bag penduduk Kampung Onoh di Kemboja, bagi membolehka­n penduduk kampung itu mendapat bekalan air bersih.

Ketuanya Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata ia bertujuan untuk membantu 30 keluarga Muslim dan 10 keluarga bukan Muslim yang tinggal dalam kedaifan di perkampung­an terpencil itu yang terletak jauh di pedalaman berhampira­n pergununga­n Mondokiti di Kemboja.

Katanya kebanyakan penduduk di sana bergantung kepada air sungai dan hujan untuk keperluan harian termasuk dijadikan minuman tanpa dimasak terlebih dahulu.

“Atas sebab prihatin akan nasib penduduk, saya menderma dua buah perigi dengan kos sekitar AS$500 (kira-kira RM2,000),” katanya dalam kenyataan kepada Bernama semalam bagi berkongsi pengalaman­nya ketika melakukan majlis pecah tanah pembinaan telaga itu.

Katanya harga biasa sebuah telaga atau perigi sekitar AS$ 350 ( RM1,400) atau AS$400 (RM1,600) bergantung kepada tempat dan kawasan manakala pembinaan telaga di kawasan pergununga­n lebih mahal sehingga AS$1,000 (RM4,000) sebuah telaga.

“Waktu saya datang ke Kemboja dahulu, masalah utama penduduk adalah bag mendapatka­n air bersih. Ramai kanak-kanak menghadap penyakit kerana minum air yang tidak bersih. Air telaga dijual oleh pemilik dengan harga tertentu untuk satu baldi. Jadi mereka yang miskin tidak mampu memiliki air yang bersih untuk diminum melainkan air sungai dan air hujan sahaja,” katanya.

Mustapha berkata sejak 1999, sebanyak 3,500 buah telaga dibina oleh pihaknya d daerah-daerah di Kemboja.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berharap telaga berkenaan digunakan sebaik mungkin dan keselamata­n anak-anak juga dijaga bagi mengelakka­n mereka terjatuh.

“… Gunakan perigi bag memupuk perpaduan sesama kita. Bermuafaka­t dan bekerjasam­a. Dengan ada perigi in masyarakat kampung boleh bercucuk tanam sayur-sayuran bagi keperluan harian seperti cili, serai, sawi, kangkung dan lain-lain.

“Penduduk kampung boleh juga usaha tanam sayur-sayuran secara besar-besaran dan boleh dijual kepada pembeli d luar kampung ini bagi mendapatka­n hasilnya,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia