Utusan Borneo (Sarawak)

Gobind terima kunjungan hormat Jeremy Hunt

-

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini menerima kunjungan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel United Kingdom (UK) Jeremy Hunt di pejabatnya di sini, yang membincang­kan beberapa isu termasuk kebebasan media.

Dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, Gobind turut memaklumka­n mengenai perkembang­an dan usaha Malaysia dalam menangani masalah berkaitan berita palsu serta penyalahgu­naan media sosial.

“Ini adalah satu perkara yang dirasai banyak negara di seluruh dunia dan hangat dibincangk­an pada semua tahap.

“Selain kebebasan media, kita juga membincang­kan usaha untuk mengukuhka­n aspek kebebasan dan kebertangg­ungjawapan dalam membuat laporan media,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat itu.

Hadir sama ialah Pesuruhjay­a Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Nurini Kassim.

Dalam pertemuan itu, Gobind berkata beliau bersama Hunt, yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, turut membincang­kan usaha untuk mengeratka­n kerjasama Malay- sia dan Britain dalam beberapa perkara, yang tidak didedahkan butirannya.

Dalam perjumpaan itu, Gobind berkata Hunt juga mengucapka­n tahniah kepada Malaysia kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu berjaya menubuhkan kerajaan baharu dan peralihan kuasa yang berjalan secara aman.

“Ini menjadi satu perkara itu yang dilihat dan dipuji di seluruh dunia.

“Dalam masa sama, sebagai Malaysia Baharu, kita juga menyatakan hasrat kita supaya kita mendukung kebebasan media dan kewartawan­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia