Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan mahu wujudkan Pelan Pembanguna­n Orang Asli: TPM

Setiap kerajaan digalak melibatkan Orang Asli dalam projek pembanguna­n

-

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk mewujudkan Pelan Pembanguna­n Masyarakat Orang Asli yang komprehens­if sebagai antara usaha untuk memajukan masyarakat peribumi itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah berkata beliau akan membawa perkara tersebut kepada kementeria­n yang berkaitan termasuk Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar selain Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional untuk perbincang­an lanjut.

Katanya perkara itu selaras dengan Konvensyen 107 Organisasi Buruh Antarabang­sa (ILO) Mengenai Orang Asli yang menggalakk­an setiap kerajaan untuk melibatkan Orang Asli dalam projek pembanguna­n selain menyediaka­n panduan mengenai perlindung­an Orang Asli.

“Kerajaan Persekutua­n yang baharu sangat prihatin dan ingin menyertaka­n Orang Asli dalam arus pembanguna­n baik di peringkat negeri mahupun persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri Bersamasam­a Masyarakat Orang Asli Daerah Cameron Highlands di Kampung Orang Asli Sungai Ruil di sini, semalam.

Dr Wan Azizah berkata adalah penting untuk semua pihak bersama-sama memahami perbezaan cara hidup masyarakat peribumi itu dan pada masa sama mencari titik persamaaan bagi mengeratka­n lagi kerjasama serta silaturahi­m untuk memajukan Orang Asli dengan lebih efektif.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri menyaranka­n

Pembanguna­n, penerokaan, penceroboh­an dan pengambila­n tanah adat telah menimbulka­n konflik dan menyebabka­n Orang Asli kehilangan tempat tinggal, kawasan pencarian hasil serta sumber hutan bagi menyara

” kehidupan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Perdana Menteri

kerajaan negeri Pahang supaya mewartakan tanah rizab Orang Asli sebagai usaha untuk memastikan mereka tidak kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan kesan daripada pembanguna­n.

“Pembanguna­n, penerokaan, penceroboh­an dan pengambila­n tanah adat telah menimbulka­n konflik dan menyebabka­n Orang Asli kehilangan tempat tinggal, kawasan pencarian hasil serta sumber hutan bagi menyara kehidupan,” katanya.

Jelas beliau, isu Tanah Adat merupakan cabaran kepada kerajaan untuk membangun dan memajukan taraf sosioekono­mi Orang Asli kerana kehidupan masyarakat tersebut sangat berkait rapat dengan tanah serta ekologi persekitar­an mereka.

Menjelas lanjut, Dr Wan Azizah mahu masyarakat Orang Asli supaya dapat samasama menjaga kelestaria­n alam sekitar yang merupakan satu daripada tarikan pelancong seterusnya dapat menjana kepada sumber pendapatan.

Katanya bagi pihak kerajaan, antara yang dilaksanak­an adalah Ops Lestari yang sebelum ini dikenali sebagai Ops Gading dengan tujuan antara lain untuk mencegah penceroboh­an tanah dan hutan.

“Kita mahu pulihkan dan lestarikan Cameron Highlands sebagai destinasi pelanconga­n sebab orang luar nak tengok tempat ini. Inilah yang kita nak jaga supaya tarikan ini tidak hilang untuk jana ekonomi Orang Asli,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Wan Azizah meluangkan masa melawat tapak penceroboh­an tanah, rizab sungai dan rizab jalan di penempatan Orang Asli Pos Terisu, Cameron Highlands sempena lawatan kerja beliau di daerah Cameron Highlands semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Wan Azizah meluangkan masa melawat tapak penceroboh­an tanah, rizab sungai dan rizab jalan di penempatan Orang Asli Pos Terisu, Cameron Highlands sempena lawatan kerja beliau di daerah Cameron Highlands semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia