Utusan Borneo (Sarawak)

Henti sebar video dan gambar banjir lama di media sosial

-

Orang ramai diingatkan agar berhenti menyebarka­n gambar serta video banjir dalam media sosial seperti Facebook dan WhatsApp kerana ia adalah kejadian yang berlaku di negeri ini beberapa tahun lepas.

Ketua Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana negeri Terengganu, Lt Kolonel Che Adam A Rahman berkata penyebaran gambar dan video lama itu hanya menimbulka­n panik sedangkan ia tidak benar.

“Saya sendiri menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai gambar dan video tersebut sedangkan lokasi tersebut tidak dilanda banjir lagi setakat ini.

“Begitu juga dengan penyebaran pelbagai maklumat tidak tepat mengenai ribut tropika Pabuk kononnya akan melanda Terengganu, sedangkan perkara itu dijangka tidak akan berlaku,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan di pantai Batu Buruk di sini semalam.

Beliau berkata berdasarka­n pemantauan pagi semalam, masih ada orang awam yang mendekati pantai walaupun Jabatan Meteorolog­i Malaysia telah mengeluark­an amaran cuaca buruk dan nasihat agar mereka tidak berada d kawasan pantai kerana angin kencang dan laut bergelora susulan ribut tropika Pabuk ketika ini.

Che Adam berkata ketika ini, hujan lebat sedang berlaku di sesetengah tempat dengan kelajuan angin antara 20 hingga 30 kilometer sejam.

“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dengan kerjasama Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) juga akan meneruskan pemantauan berkala di pantai kerana masih ada orang awam yang berkunjung ke kawasan itu ketika ini,” katanya.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia mengeluark­an amaran cuaca waspada peringkat kuning yang keadaan angin kencang ini turut berisiko mengakibat­kan kerosakan kepada struktur binaan tidak kukuh serta menumbangk­an pokok. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia