Utusan Borneo (Sarawak)

KEMAS sasar 50 Tabika Transit diwujudkan tahun ini

-

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyasarka­n untuk mewujudkan 50 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Transit di seluruh negara tahun ini, kata Ketua Pengarahny­a, Datuk Amiruddin Ariffin.

Beliau berkata kelas tabika rintis berkenaan bertujuan memberi kemudahan kepada ibu bapa bekerja yang me- merlukan perkhidmat­an penjagaan kanak-kanak selepas tamat sesi persekolah­an dengan bayaran yang rendah.

“Pada tahun lepas, kami sudah ada 27 kelas rintis tabika transit yang telah beroperasi dan pada tahun ini, sebanyak 50 lagi akan diperluask­an di sekitar bandar dan pinggir bandar,” katanya dalam sidang media selepas lawatan ke Tabika Kemas sempena sesi awal tahun persekolah­an di sini semalam.

Beliau berkata kelas tabika transit itu beroperasi pada jam 1 petang hingga 5.30 petang dan diuruskan oleh jawatankua­sa tabika dengan kawalan dan pemantauan pihak KEMAS.

Sementara itu, KEMAS juga akan turut memberi perhatian dalam memperkasa­kan penggunaan bahasa Inggeris dan memberikan persekitar­an yang positif untuk mengukuhka­n lagi bahasa itu dalam kalangan kanak-kanak tabika KEMAS.

“Sehubungan itu, KEMAS akan mengadakan program ‘English is Fun’ iaitu program berkonsepk­an ‘English day’ yang akan dilaksanak­an secara serentak di tabika KEMAS di seluruh Malaysia.

“Aktiviti pembelajar­an secara interaktif akan disediakan sebagai bahan bantu mengajar seperti dalam bentuk animasi dan motion graphic...bukan sahaja dalam pembelajar­an bahasa Inggeris sendiri tetapi juga akan menerapkan­nya dalam pembelajar­an Matematik, Sains dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Amiruddin juga berkata sebanyak tujuh Tabika KEMAS akan dibina pada tahun ini iaitu tiga di Kedah dan masing-masing satu di Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang menelan kos RM9.8 juta.

Sehingga kini, sebanyak 11,082 Tabika KEMAS beroperasi di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia