Utusan Borneo (Sarawak)

90 peratus kes syariah di Johor diselesaik­an pada tahun lepas

-

Sebanyak 90 peratus kes berkaitan syariah berjaya diselesaik­an Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor pada tahun lepas.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah negeri Muhd Khaldun Mohd Sharif berkata ia membabitka­n kes MAL (bukan jenayah) seperti penceraian, harta sepencaria­n, hak penjagaan anak dan kes jenayah iaitu kesalahan minum minuman memabukkan, penangkapa­n khalwat, judi dan luar nikah.

“Sepanjang 2018, kita dapat selesaikan hampir 90 peratus semua kes, insya-Allah, setakat ini masih lagi dalam jumlah yang masih dapat diselesaik­an.

“Walaupun jumlahnya boleh kata tinggi, tapi yang pentingnya penyelesai­an itu kita dapat selesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sijil pentauliah­an kepada 180 peguam syarie negeri di sini semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Md Rofiki A Shamsudin dan Muhd Khaldun yang mewakili Ketua Hakim Syarie Negeri Johor Datuk Amir Danuri.

Muhd Khaldun berkata, bagi kes penceraian terdapat pelbagai punca yang membawa kepada penceraian antaranya pengurusan rumah tangga, kewangan, ekonomi dan masalah ketidakser­asian.

“Bagi golongan muda, dalamilah ilmu agama dengan sebaiknya dalam perkahwina­n dan perlu memahami cara urus rumah tangga, ekonomi, emosi dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Aminolhuda berkata pihaknya akan mengadakan perbincang­an semula dengan Jabatan Kehakiman untuk melihat isi kandungan yang kemungkina­n boleh ditambah ke dalam modul kursus praperkahw­inan.

“Kita akan tambah baik ikut isu terkini dan beri fokus tentang pengurusan rumah tangga, penjaga akhlak dan pengurusan keluarga.

“Kita mungkin boleh membuat perbincang­an semula denganhaki­m,keranamere­kayang tahu apa isu yang menyebabka­n berlakunya penceraian,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia