Utusan Borneo (Sarawak)

Solskjaer inginkan jawatan pengurus tetap di Old Trafford

-

Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bagaimana beliau mahu menjadi lebih dari seorang pengurus sementara di Manchester United selepas menyamai pencapaian yang dilakukan oleh pengurus legenda – Matt Busby.

“Sudah tentu saya tidak mahu,” kata pengurus dari Norway itu Rabu lepas apabila ditanya selepas kemenangan 2- 0 di Newcastle United sama ada beliau akan meninggalk­an Old Trafford pada akhir musim ini berdasarka­n kontrak semasa beliau.

Dan selepas memulakan karier sebagai jurulatih di Old Trafford ekoran pemecatan Jose Mourinho dengan empat kemenangan berturut-turut - sesuatu yang hanya Busby, pada 1946, boleh dibanggaka­n di kalangan senarai pengurus United – beliau membuat satu permohonan jelas untuk mengisi jawatan secara tetap.

Kelihatan seperti bekas pengurusny­a, Alex Ferguson, bekas penyerang United itu percaya beliau sudah bersedia untuk berada sebaris dengan Busby, yang kemudian memenangi perlawanan kelima berturut-turut dalam tempoh singkat kariernya.

“Ia akan berada dalam buku sejarah, tetapi ia bukan apa yang saya fikirkan,” kata Solskjaer.

“Saya hanya memikirkan tentang perlawanan seterusnya kerana jika anda menang empat, anda boleh menang empat lagi di kelab ini. Ia adalah cabaran dan ia adalah standard yang diketahui di sini.

“Pengurus ( Ferguson) pernah mencabar kami dan sudah tentu apabila kami menang empat perlawanan, anda boleh menang empat yang seterusnya.”

Ada banyak spekulasi media di mana pengganti tetap Mourinho pada musim hadapan ialah Massimilia­no Allegri, jurulatih semasa Juventus tetapi jika beliau meneruskan rentak cemerlang ketika ini, Solskjaer mungkin memberi dilema kepada pengurusan kelab.

— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia