Utusan Borneo (Sarawak)

Nadal tarik diri akibat kecederaan paha kiri

-

Novak Djokovic berkata sukan tenis memerlukan ‘ legenda’ Rafael Nadal untuk kembali beraksi selepas pengumuman di mana jaguh tenis dari Sepanyol itu menarik diri dari kejohanan pembuka musim di Brisbane.

Nadal berkata beliau tidak dapat beraksi di Brisbane kerana kecederaan paha kiri, menyebabka­n kebimbanga­n di mana masa depan pemain berusia 32 tahun itu semakin singkat dalam dunia tenis profesiona­l.

Nadal, yang memenangi kejuaraan Grand Slam yang ke-17 di Terbuka Perancis tahun lepas, belum beraksi perlawanan kompetetif sejak bulan September.

Beliau juga kehilangan ranking nombor satu dunia kepada Djokovic, di mana persaingan dengan Nadal adalah salah satu permusuhan tenis terhebat dalam sukan tenis moden.

“Beliau sudah melakukan kebangkita­n begitu kerap dalam kariernya di mana anda sentiasa percaya beliau akan dapat melakukann­ya sekali lagi,” kata Djokovic.

“Beliau memiliki gaya tenis lasak yang sememangny­a memberikan banyak tekanan ke atas anggota badannya.”

Djokovic dan Nadal bertemu di final dalam semua empat kejohanan grand slam dan sebanyak 52 kali secara keseluruha­nnya.

Antara perlawanan paling diingati ialah final Terbuka Australia pada 2012 yang berlanjuta­n selama hampir enam jam dan dimenangi Djokovic.

Separuh akhir Terbuka Perancis pada 2013 juga dianggap salah satu perlawanan terhebat di permukaan tanah liat dan perlawanan tahun lepas b e r l a r u t a n selama lebih dari lima jam pada peringkat s e p a r u h a k h i r d i Wimbledon.

Kedua- dua pemain bertemu kali pertama di

Paris pada 2006 apabila Nadal ketika itu diisytihar­kan pemenang selepas Djokovic menarik diri kerana kecederaan.

Nadal berkata doktor yakin beliau akan cergas untuk beraksi di Terbuka Australia yang akan bermula pada 14 Januari depan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Nadal ketika sidang media sempena Kejohanan Tenis Antarabang­sa Brisbane.
— Gambar AFP CEDERA: Nadal ketika sidang media sempena Kejohanan Tenis Antarabang­sa Brisbane.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia