Utusan Borneo (Sarawak)

Schelotto ganti Kinnear selaku pengurus baharu skuad Los Angeles Galaxy

-

Guillermo Barros Schletto, dinamakan sebagai jurulatih baharu LA Galaxy Rabu lepas, dua minggu selepas meninggalk­an kelab Boca Juniors di Argentina.

Di bawah kendalian Schelotto, Boca memenangi kejuaraan Liga Argentina sejak dua tahun terakhir tetapi kelab tidak memperbaha­rui kontrak beliau selepas Boca tewas di final Copa Libertador­es kepada musuh tradisi, River Plate. “Saya berasa bangga untuk menjadi ketua jurulatih sebuah kelab paling dikenali dalam Liga Bola Sepak Utama ( MLS),” kata Schelotto dalam satu kenyataan.

“Ini adalah satu peluang hebat untuk saya dan saya t e r u j a untuk m u l a bekerja. LA Galaxy s u d a h l a m a menjadi penanda aras dalam MSL dan saya bersedia untuk membawa kelab ke peringkat yang lebih tinggi lagi.” Beliau akan menggantik­an Dominic Kinn e a r , y a n g menjalani tugas buat sementara apabila Sigi Schmid meletak jawatan pada bulan September sebelum meninggal dunia pada Hari Krismas.

“Selepas pencarian intensif, dalam dan luar negara, kami percaya Guillermo akan menjadi pembelian penting untuk kelab,” kata pengurus besar LA Galaxy, Dennis te Kloese.

“Guillermo sudah terbukti juara dalam kejurulati­han, bermain dan mencapai kemenangan untuk kelab besar. Ia adalah harapan kami di mana gaya pengurusan Guillermo dan kebiasaan beliau dengan MLS akan membawa kejuaraan kepada penyokong kelab dan bandar raya Los Angeles.”

Schelotto, 45, menghabisk­an hampir 16 tahun karier bermain di Boca, memenangi tiga kejuaraan Copa Libertador­es dan menjaringk­an 86 gol.

Beliau membuat 10 penampilan bersama skuad kebangsaan Argentina. — Reuters

 ??  ?? SCHELOTTO
SCHELOTTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia