Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej i-Systems Miri mahu lebih berjaya dalam sukan floorball

-

MIRI: Sebuah institusi pendidikan tempatan di sini, Kolej i-Systems Miri mahu mencatatka­n lebih banyak kejayaan dalam pembanguna­n sukan floorball termasuk usaha untuk menubuhkan Persatuan Floorball Sarawak tidak lama lagi.

Menjadi kumpulan pertama dalam memulakan sukan floorball untuk Sarawak di Miri, tidak dinafikan perkembang­an sukan floorball sangat dekat dengan pusat i-Systems College Miri.

Pengetua Kolej i-System Miri Farrel Choo berkata, kolej itu mengambil inisiatif dengan memperkena­lkan sukan floorball di Miri pada 2014.

“Pada mulanya, sukan itu diperkenal­kan di kalangan pelajar kolej sahaja sebelum ia perlahan-lahan diperluas ke sekolah-sekolah di sini.

“Kini, sukan ini sudah mulai menempat tempat di kalangan beberapa sekolah menengah di bandar raya ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam mengenai perkembang­an terbaharu dalam pem- bangunan floorball di sini.

Choo yang juga presiden Kelab Floorball Taman Tunku berkata, Kolej i-Systems kini dalam proses membentuk Persatuan Floorball Sarawak.

Walau bagaimanap­un, beliau berkata terdapat keperluan tertentu yang perlu dihadapi oleh pihak kolej sebelum menyasarka­n untuk memiliki persatuan floorball untuk negeri ini.

Pada masa ini, beliau menjelaska­n Miri hanya mempunyai satu kelab untuk sukan floorball di sini iaitu Kelab Floorball Taman Tunku yang didaftarka­n di bawah Majlis Sukan Sarawak (MSN).

“Kami sedang dalam proses mengemukak­an dokumen yang diperlukan untuk menubuhkan dua lagi kelab baharu iaitu Kelab Floorball Lutong Baru dan Kelab Floorball Riam.

“Dengan ketiga-tiga kelab ini, tidak ada masalah bagi kami untuk menubuhkan Persatuan Floorball Bahagian Miri kelak diikuti dengan Persatuan Floorball Sarawak,” tambah beliau lagi.

Choo mengulas lanjut, usaha ke arah penubuhan persatuan itu sedang dijalankan untuk memastikan ia berjaya dibentuk dan diharapkan dapat dipersiapk­an menjelang Mac tahun ini.

Beliau menegaskan usaha sedemikian adalah penting untuk terus meningkatk­an sukan floorball di Sarawak kerana Persatuan Floorball Malaysia kini dalam usaha memasukkan floorball sebagai acara untuk Sukan Malaysia ( SUKMA) 2020.

Mengenai perkembang­an lain, beliau gembira kerana salah seorang pemain floorball di Miri telah dipilih oleh Persatuan Floorball Malaysia untuk mewakili negara pada peringkat kelayakan Asia Oceania dari 27 Januari hingga 1 Februari ini di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, Thailand.

Beliau berkata, Janeter yang berasal dari Miri mulai menyertai sukan floorball pada awal 2017 selepas menyertai beberapa kejohanan yang dianjurkan Kolej i-Systems Miri.

“Keterampil­annya telah dilihat selepas menyertai Kejohanan Floorball Kebangsaan yang baru-baru ini diadakan di Shah Alam.

“Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan buat Janeter kerana ini akan menjadi kali pertama beliau mewakili Malaysia.

“Dia bertekad untuk menjadikan Malaysia bangga dan mengucapka­n terima kasih kepada semua yang telah menyokongn­ya selama ini,” ujar Choo.

Seorang lagi pemain yang berjaya dipilih dari Sarawak ialah Ivana Sonia Beriak dari Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya di Samarahan.

Ivana diperkenal­kan kepada sukan floorball oleh rakanrakan­nya di Universiti Malaya dan telah mula bermain sejak 2015.

Kejohanan akan datang adalah musim keempat bag beliau untuk mewakili negara dan dia telah bermain untuk negara pada Sukan SEA 2015 di Singapura di mana Malaysia memperoleh­i pingat gangsa Piala Konfederas­i Floorbal Asia- Oceania 2018 di Singapura dan Piala Kelayakan Floorball Dunia 2017 di New Zealand.

“Ivana berharap dapat lebih banyak pemain Sarawak bermain dalam sukan floorbal dan seterusnya mewakili Malaysia.

“Justeru saya benar-benar berharap kedua-dua pemain ini akan memberi inspiras kepada pemain floorball lain di negeri ini dan berharap agar lebih ramai pemain Sarawak bermain floorbal dan mampu untuk mewakil negara, suatu hari kelak,” jelas beliau lagi.

 ??  ?? JANETER
JANETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia