Utusan Borneo (Sarawak)

Janjikan artis terkemuka, 11 - 13 Januari ini

-

KUCHING: Anugerah Televisyen Asia (ATA) akan dianjurkan di Malaysia buat kali pertama dan menjanjika­n senarai artis terkemuka sebagai calon finalis atau penyampai di bandar raya Kuching pada 11 hingga 13 Januari ini.

Menurut kenyataan medianya semalam, edisi ke-23 anugerah berprestij itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Bekas VJ MTV Asia May Wan dan Choy Wan bersama Adrian Jalaludin, Wallace Ang dan Mark Zambrano akan bekongsi pentas sebagai pengacara pada malam penghargaa­n industri terbesar Asia ini.

ATA bertujuan untuk mengiktira­f kecemerlan­gan dalam penghasila­n karya serta prestasi keseluruha­n dan sebanyak 42 kategori anugerah akan dipertandi­ngkan.

Anugerah itu telah menarik beratus-ratus penyertaan setiap tahun daripada pelbagai syarikat penyiaran, termasuk stesen TV bebas-ke-udara, platform TV berbayar, perkhidmat­an saluran digital serta banyak studio produksi bebas di rantau Asia.

Barisan panel juri seramai 50 orang telah dipilih berdasarka­n pengalaman dan kepakaran mereka dalam industri hiburan tempatan dan antarabang­sa.

Calon finalis untuk kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik adalah Ali Lee dalam ‘My Ages Apart’, Son Ye-Jin dalam ‘Something in the Rain’ dan Maylada Susri dalam ‘The Swan and The Dragons’ manakala Adrian Alandy dalam ‘Tabi Po The Series’ dan Louis Scott dalam ‘BUPPAE SANNIVAS (LOVE DESTINY)’ telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Terdapat persaingan sengit untuk kategori Anugerah Penyampai Terbaik atau

 ??  ?? DIANA DANIELLE
DIANA DANIELLE
 ??  ?? LOUIS HESSE
LOUIS HESSE
 ??  ??
 ??  ?? KITTI CHEAWWONGK­UL
KITTI CHEAWWONGK­UL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia