Utusan Borneo (Sarawak)

Terus ungguli box office Amerika Utara

-

FILEM adiwira ‘Aquaman’ mempamerka­n aksi yang bertenaga di pawagampaw­agam Amerika Utara pada hujung minggu lepas, mencatat kutipan jualan tiket yang dianggarka­n sebanyak AS$52.1 juta untuk membantu menutup satu tahun rekod untuk sektor perfileman, seperti yang ditunjukka­n oleh data akhir pada Rabu lepas.

Dengan pelakon sasa dan bertatu Jason Momoa dalam peranan utama, filem Warner Bros. itu telah mencatat kutipan kasar hampir AS$750 juta secara global. Ia memperoleh­i AS$52.1 juta dalam minggu keduanya.

Filem ‘Mary Poppins Returns’ daripada Disney mendapat altitud dalam hujung minggu keduanya, memperoleh­i AS$28.4 juta untuk tempoh tayangan tiga hari dari Jumaat hingga Ahad.

Filem sekuel kepada filem asal tahun 1964 itu dibintangi oleh Emily Blunt sebagai pengasuh baik hati namun tegas, serta turut disokong oleh Lin-Manuel Miranda yang dikenali untuk pementasan ‘Hamilton’.

Di tempat ketiga adalah filem ‘Bumblebee’ daripada Paramount, iaitu sebuah prekuel kepada filem-filem ‘Transforme­rs’, dibintangi oleh Hailee Steinfeld dan John Cena, dengan AS$20.9 juta.

Tempat keempat diduduki oleh filem Sony, ‘SpiderMan: Into the SpiderVers­e’, dengan AS$18.8 juta.

Filem itu telah menarik ulasan yang memberangs­angkan, dengan skor 97 di laman sesawang Rotten Tomatoes, dan telah dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe sebagai filem animasi terbaik.

Di tempat kelima adalah filem ‘The Mule’ daripada Warner Bros., dengan AS$12.2 juta. Clint Eastwood mengarah dan dalam peranan utama, lakonan terakhir katanya, sebagai seorang gelandanga­n berusia 90 tahun yang menjadi keldai dadah.

Melengkapk­an 10 filem teratas pada hujung minggu adalah ‘Vice’ (AS$7.8 juta), ‘Holmes & Watson’ (AS$7.4 juta), ‘Second Act’ (AS$7.4 juta), ‘Ralph Breaks the Internet’ (AS$6.7 juta), ‘Dr. Seuss’s The Grinch’ (AS$4.1 juta) dan ‘Mary Queen of Scots’ (AS$2.7 juta). — AFP

 ??  ??
 ??  ?? JASON MOMOA
JASON MOMOA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia