Utusan Borneo (Sarawak)

Perkenal barisan penyampai radio yang lebih segar buat peminat

-

JENAMA radio Tamil nombor satu di Malaysia, RAAGA, teruja untuk berkongsi mengenai barisan baharu penyampai radio yang telah dirombak serta dalam masa yang sama turut memperkena­lkan seorang penyampai radio baharu dalam keluarga RAAGA iaitu Kogulan, 23 tahun, yang merupakan juara bagi pertanding­an Raagavin Star Yaar musim kedua.

Rombakan yang dilakukan terhadap barisan penyampai radio menyaksika­n Suresh dan Ahila kini bakal ke udara bagi segmen Kalakkal Kaalai, jam 6 pagi hingga 10 pagi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Duo ini akan berkongsi cerita utama, trend terkini di sosial media, permainan menarik, berita hiburan tempatan dan antarabang­sa terkini serta panggilan telefon kegemaran ramai, ‘Gotcha’.

Segmen Hello Nanba jam 10 pagi hingga 1 tengah hari pula kini dikenali sebagai Vanakam RAAGA dan akan dikelola oleh Revathy.

Dalam segmen ini, beliau akan memilih topik secara rawak dan bincangkan­nya di udara bersama pendengar RAAGA.

Revathy akan turut mengacarak­an segmen Inneke Enna Kathaiberm­ula jam

1 tengah hari hingga 3 petang yang akan menyajikan Yaar sari – Who’s right?, Ithuthaan Kathaiya?, Pirinthom Inaivom, Rasigar Choice dan Kathai Kelu.

Segmen petang, Hypermalai, yang ke udara bermula jam 3 hingga 7 petang akan menyaksika­n Uthaya berbicara mengenai berita terkini, topik hangat dunia hiburan serta temubual barisan selebriti Malaysia.

Penyampai radio baharu, Kogulan, pula akan mengemudi segmen Vaange Palagalam setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang hingga 12 pagi.

Segmen ini akan membawakan program terbaharu seperti Intha Vaaaram Pakkaa Mass yang akan berkongsi mengenai video dan berita viral; Konjam Padam Kaathtetaa di mana pendengar harus meneka apa yang berada di fikiran Kogulan berdasarka­n petunjuk yan diberikan menerusi Instagram RAAGA; serta Thalaikku Mele Perachane yang akan menyaksika­n Kogulan berbicara mengenai isu yang sering dihadapi oleh pelajar yang tinggal jauh daripada rumah mereka, carta filem dan lagu.

Barisan baharu penyampai radio RAAGA ini telah menemui peminat bermula 1 Januari lalu. Untuk maklumat lanjut mengenai RAAGA, sila layari raaga.fm, layari Facebook RAAGA dan pastinya mendengar RAAGA.

 ??  ?? KOGULAN
KOGULAN
 ??  ?? AHILA & SURESH REVATHY UTHAYA KOGULAN
AHILA & SURESH REVATHY UTHAYA KOGULAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia