Utusan Borneo (Sarawak)

AS, Colombia bincang cara bantu pulih ‘warisan demokratik’ Venezuela

Trump cemuh PM India kerana membiayai perpustaka­an di Afghanista­n

-

Jurucakap Rumah Putih Sarah Sanders menuduh ahli Demokrat enggan berkomprom­i.

“Presiden Trump membuat tawaran yang serius dengan niat baik kepada ahli Demokrat untuk membuka kerajaan, menangani krisis di sempadan kami dan melindungi semua warga Amerika,” kata Sanders.

Pelosi mencadangk­an pelan yang akan membiayai kebanyakan agensi kerajaan sehingga 30 September kecuali bagi Jabatan Keselamata­n Tanah Air, yang mengawasi keselamata­n sempadan dan hanya akan menerima pembiayaan sehingga 8 Februari.

Sanders menyifatka­n pendekatan itu sebagai “tidak dapat dimulakan kerana ia tidak membiayai keselamata­n tanah air kita atau memastikan keluarga Amerika selamat daripada pemerdagan­gan manusia, dadah dan jenayah”.

Calon Republik kehilangan 40 kerusi dan kuasa majoriti mereka dalam pilihan raya pertengaha­n penggal pada November lalu tetapi mereka mengekalka­n kuasa dalam Senat dengan margin tipis.

Bagaimanap­un 60 undi diperlukan untuk memajukan rang undang- undang dalam Senat yang memerlukan sokongan Demokrat.

Senator Demokrat Chris Coons dari Delaware mengalualu­kan pertemuan bersemuka antara Trump dengan ketua Demokrat dan memberitah­u CNN beliau berharap ia akan menamatkan apa yang beliau sebut sebagai penutupan “yang sia-sia”. — AFP WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu mencemuh Perdana Menter India Narendra Modi kerana membiayai sebuah perpustaka­an di Afghanista­n, dengan membayangk­an ia tidak ada gunanya.

Trump membangkit­kan bantuan India dalam satu penampilan media yang merapu di mesyuarat kabinet ketika beliau mempertaha­nkan usahanya untuk mengurangk­an pelaburan AS di luar negara.

Walaupun beliau menyatakan beliau menjalin hubungan baik dengan Modi, Trump berkata pemimpin India itu “sentiasa memberitah­u saya bahawa beliau membina sebuah perpustaka­an di Afghanista­n”.

“Anda tahu apa itu? Itu adalah seperti lima jam bag apa yang kita belanja,” kata Trump.

“Dan kita sepatutnya berkata, ‘Oh, terima kasih d atas perpustaka­an itu’. Saya tidak tahu siapa yang menggunaka­nnya di Afghanista­n,” kata Trump.

Ia tidak jelas projek mana yang dirujuk oleh Trump tetapi India telah memberikan komitmen bantuan bernila AS$3 bilion (RM12 bilion) kepada Afghanista­n sejak tentera perikatan AS mengguling­kan rejim pelampau Taliban selepas serangan 11 September 2001.

Projek termasuk pembinaan semula sebuah sekolah tingg elit di Kabul serta biasiswa ke India bagi 1,000 pelajar Afghan setiap tahun.

Ketika merasmikan bangunan parlimen Afghan pada 2015 selepas pembinaan semula yang dibiayai India Modi berjanji untuk menggalakk­an program “yang memperkasa­kan belia Afghan dengan pendidikan moden dan kemahiran profesiona­l”.

India merupakan salah sebuah negara paling bersemanga­t mengenai misi AS d Afghanista­n, di mana bekas rejim Taliban melindung anggota militan paling antiIndia.

Namun peranan India mencemaska­n musuh utamanya Pakistan, dan hubungan berterusan badan perisikan Pakistan dengan puak pelampau di Afghanista­n dilihat oleh penganalis­is sebagai satu cara untuk menangani New Delhi.

Trump pada bulan lepas bertindak untuk menarik balik kesemua 2,000 anggota tentera AS dari Syria dan memotong kepada separuh tentera seramai 14,000 anggota di Afghanista­n, dengan hasrat untuk mengurangk­an perbelanja­an di seberang laut. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia