Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor Korea Selatan gesa penggubala­n undang-undang cegah serangan di hospital

-

Doctor di Korea Selatan kini menggesa agar satu undang-undang digubal bagi mencegah insiden serangan terhadap seorang pakar psikiatri terkenal oleh pesakitnya baru-baru ini daripada berulang, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan sebuah persatuan perubatan.

Pada Isnin, seorang lelaki berusia 30 tahun yang menghidap penyakit gangguan bipolar telah menikam doktornya, Lim Se-won, sehingga mati ketika sesi rundingan di Hospital Kangbuk Samsung di pusat banar Seoul.

Persatuan Neuropsiki­atrik Korea berkata ia akan merintis satu undang- undang yang menggarisk­an beberapa langkah agar kakitangan perubatan boleh menjalanka­n tugas mereka dengan selamat tanpa takut kemungkina­n berlakunya serangan.

“Ia adalah hasrat keluarga mendiang doktor itu agar satu persekitar­an yang selamat diwujudkan untuk kakitangan supaya pesakit yang menghidap penyakit mental boleh mendapatka­n bantuan tanta sebarang prejudis atau diskrimina­si,” kata seorang wakil persatuan itu.

Insiden itu berlaku selepas seorang lagi doktor di sebuah hospital di barat bandar pelabuhan Incheon telah diserang oleh seorang pesakit, yang mencetuska­n kemarahan orang ramai. BAMAKO: Tujuh orang ditangkap di bahagian tengah Mali pada Rabu, sehari selepas 37 orang awam maut apabila lelaki bersenjata menyerang sebuah kampung dalam wilayah berkenaan dalam pertempura­n terbaharu antara komuniti yang berperang, kata kerajaan.

Selepas pembunuhan beramai-ramai pada Hari Tahun Baharu di perkampung­an Koulogon, dalam wilayah tengah Mopti, “pasukan tentera Mali dikejarkan ke tempat kejadian”, kementeria­n perlindung­an awam menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah mereka “menangkap tujuh suspek” tetapi tidak memberi mak-

Undang-undang berkaitan telah diluluskan oleh Dewan Perhimpuna­n pada Khamis yang menetapkan bahawa mereka yang menyerang petugas kesihatan dengan ganas di bilik kecemasan akan berdepan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda antara 10 juta won (AS$8,900) dan 100 juta won. — Bernama

Tujuh ditangkap selepas 37 dibunuh di tengah Mali

lumat mengenai mereka yang ditangkap.

Penyerang pada Selasa lepas dipercayai pembunuh tradisiona­l Dogon yang menyasari perkampung­an gembala Fulani.

Misi tentera Mali yang sama turut memasuki perkampung­an Bobosso, dekat sempadan Burkina Faso, selepas serangan pembakaran berlaku, membunuh seorang suspek, dan menahan 24 lagi, kata kementeria­n itu.

Perancis membantu tentera Mali menangkis pemberonta­kan pelampau jihad yang menguasai sebahagian besar utara yang bergolak pada 2012 tetapi sejak kematian tokoh pelampau jihad berbangsa Fulani, Amadou Koufa, konflik antara kumpulan sudah meningkat.

Keganasan itu didorong oleh tuduhan tentang orang Fulan yang membawa lembu mereka ke tanah Dogon untuk meragut rumput selain pertikaian mengenai akses kepada tanah dan air.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merekodkan lebih 500 kematian orang awam d kawasan itu pada 2018.

“Operasi skala besar” sedang disediakan bersama kementeria­n pertahanan untuk menangani keganasan antara kaum, kementeria­n pertahanan awam menyebut dalam satu kenyataan — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia