Utusan Borneo (Sarawak)

Murid SK Pekan Telupid dijangka pindah ke bangunan siap dibaiki minggu depan

Tiga bangunan sekolah terjejas siap dibaiki sebelum cuti persekolah­an akhir tahun lepas

-

SANDAKAN: Murid-murud Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid, kira-kira 120 km dari sini, yang terpaksa belajar di bawah khemah sejak Jun lepas, dijangka berpindah ke bangunan sekolah yang siap dibaiki minggu depan.

Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Telupid Mahanin Osman berkata tiga bangunan sekolah yang terjejas itu telah siap dibaiki sebelum cuti persekolah­an akhir tahun lepas lagi, namun memerlukan sedikit sentuhan akhir seperti pendawaian elektrik.

“Ada tiga bangunan yang dibaiki. Insya-Allah, muridmurid yang terjejas, kira-kira separuh daripada lebih 800 murid yang didaftarka­n di sekolah itu, dapat belajar dalam keadaan yang selesa semula.

“Pihak kami (PPD) kesal dengan kelewatan pada urusan menyiapkan sekolah itu serta ketidaksel­esaan murid dan guru, apatah lagi terpaksa memulakan sesi persekolah­an baharu (semalam) di bawah khemah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Menurut Mahanin, bangunan sekolah berkenaan mula dibaiki menerusi Kementeria­n Pendidikan Malaysia sejak September lepas.

Katanya, sekolah itu mengalami kerosakan teruk apabila bumbung tiga bangunan diterbangk­an angin kencang kira-kira jam 3.30 petang pada 18 Jun lepas.

Menurut guru besar sekolah itu Dominic Nara, hanya satu bangunan dengan empat bilik darjah digunakan untuk murid tahun enam pada sesi pag dan murid tahun satu pada sesi petang.

Selebihnya terpaksa belajar di bawah enam khemah yang memuatkan empat kelas pada satu sesi pembelajar­an, katanya. — Bernama

 ??  ?? FOKUS: Anggota bomba memadamkan bara api di bangunan prasekolah SK Nandangan Sook.
FOKUS: Anggota bomba memadamkan bara api di bangunan prasekolah SK Nandangan Sook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia