Utusan Borneo (Sarawak)

Murid kacukan Inggeris, Sino Kadazan semangat mulakan hari pertama sekolah

-

Murid berdarah kacukan Inggeris dan Sino- Kadazan kelihatan penuh semangat memulakan hari pertama persekolah­an di Sekolah Kebangsaan (SK) ST Francis Convent (M) di Bukit Padang, dekat sini.

Iona King, 7, iaitu anak kepada Barry King, 57, yang berasal dari England itu menjadi tumpuan utama Utusan Borneo ketika sedang menjalanka­n tinjauan hari pertama persekolah­an.

Ibunya Julia Fernandes, 41, berkata, anak perempuan tunggalnya itu sememangny­a bersemanga­t hadir ke sekolah sejak beberapa hari yang lepas.

“Awal pagi lagi, Iona sudah bangun dan terus menanyakan di mana baju seragam dan beg sekolahnya diletak.

“Dia benar-benar bersemanga­t dan teruja untuk datang ke sekolah dan bertemu dengan rakan baharunya,” katanya.

Pada masa sama, Julia menaruh keyakinan tinggi bahawa anak ciliknya itu mampu berdikari sekali gus menyesuaik­an diri dalam persekitar­an baharu.

Katanya, sejak di bangku tadika lagi, Iona tidak pernah berasa kekok bertemu dengan orang luar dan suasana baharu, meskipun ada sedikit kekangan dari segi pertuturan.

“Dia (Iona) mahir dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Cina, Melayu dan juga bahasa Jerman yang dia pelajari semasa kami menetap di sana selama tiga tahun.

“Memang ada kepayahan untuk dia berkomunik­asi, tetapi, proses itu tidak ambil masa lama kerana dia mudah belajar sesuatu bahasa dengan cepat,” katanya.

Selain itu, Julia berkata, Iona juga memiliki bakat terpendam iaitu mahir menari tarian balet, gimrama dan Kpop.

“Kami sering membawa Iona mengikuti kursus tarian sejak kecil lagi disebabkan dia suka menari sehingga diarahkan oleh guru tadikanya membuat persembaha­n dalam majlis-majlis tertentu.

“Bagaimanap­un, kami setiasa mengingatk­an dia supaya tidak melupakan soal pembelajar­an dan setiasa fokus ketika guru mengajar di dalam kelas,” katanya.

Terdahulu, pelbagai ragam dan gelagat mencuit hati jelas kelihatan sepanjang pendaftara­n hinggalah ke sesi suai kenal di bilik darjah masing-masing.

Guru Besar Dora Loi Siew Choo berkata, seramai 148 murid tahun satu didaftarka­n di sekolah berkenaan.

Menurutnya, jumlah itu menunjukka­n peningkata­n berbanding tahun lepas iaitu seramai 125 murid sahaja.

 ??  ?? TERUJA: Julia (kanan) dan Barry menyerahka­n buku transisi kepada anak mereka pada hari pertama persekolah­an di SK ST Francis Convent (M), di Bukit Padang, di Kota Kinabalu.
TERUJA: Julia (kanan) dan Barry menyerahka­n buku transisi kepada anak mereka pada hari pertama persekolah­an di SK ST Francis Convent (M), di Bukit Padang, di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia