Utusan Borneo (Sarawak)

Terkilan dipinggirk­an kerajaan terdahulu

-

Sufri Awang, 35, seorang nelayan yang meraih pendapatan kurang RM300 sebulan melahirkan rasa sedih dan terkilan kerana dipingirka­n daripada menerima sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan terdahulu walaupun beliau pernah memohonnya sebelum ini.

Beliau yang juga duda ketika ditemui memberitah­u, beliau sebelum ini pernah memohon rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun sehingga kini tidak ada sebarang khabar tentang permohonan­nya itu.

Lebih membimbang­kan keadaan rumah peninggala­n arwah bapanya yang didiami sejak 17 tahun lalu itu semakin uzur dan mungkin akan roboh bila-bila masa berikutan struktur dinding dan tiang kayu yang reput selain atap bocor.

Yang menghairan­kan beliau lagi, golongan miskin seperti dirinya dipinggirk­an daripada menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) sedangkan beliau layak menerimany­a.

Sufri ditemui rombongan Pertubuhan Suara Anak Muda Sabah (SUARA) Zon Pedalaman Bawah bersama pemimpin masyarakat menerusi Program Jejak Insan di kawasan Kampung Binsulok baru-baru ini.

Program yang diketuai Pengerusi SUARA Zon Pedalaman bawah, Rozley Suhaili berkata, sebanyak 10 keluarga miskin dikenal pasti untuk dirujuk kepada agensi kerajaan berkaitan bagi bantuan sewajarnya.

Sempena kunjungan itu, Rozley berkesempa­tan menyampaik­an bantuan barangan persekolah­an kepada Mohd Iqram, 9, dan wang tunai kepada Sufri bagi meringanka­n sedikit beban mereka sekeluarga.

Hadir sama pada Majlis Pemimpin Komuniti Kampung ( MPKK) Binsulok, Mohd Sharul Assin sebagai wakil pemimpin masyarakat setempat bagi memproses bantuan diharapkan Sufri untuk tindakan lanjut.

Rozley ketika ditemui turut berharap Pegawai JKM berhampira­n dapat meninjau permasalah­an bapa tunggal yang sememangny­a layak menerima sebarang bantuan disediakan kerajaan.

“Menjadi tanggungja­wab SUARA membantu kerajaan baharu mengenal pasti dan membantu golongan miskin yang terpinggir semasa era kerajaan terdahulu,” tegasnya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Sufri ( kiri bersama anaknya gembira setelah menerima bantuan persekolah­an daripada SUARA Zon Pedalaman Bawah.
TERIMA KASIH: Sufri ( kiri bersama anaknya gembira setelah menerima bantuan persekolah­an daripada SUARA Zon Pedalaman Bawah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia