Utusan Borneo (Sarawak)

PANAS DAN KOTOR, ARANG KAYU TETAP SUMBER REZEKI

- Oleh Rozainah Abdul Rahim dan Jeiilnyly Masal

SETIAP hab pengangkut­an awam di sekitar bandar raya Kuala Lumpur sama ada stesen LRT, monorel dan bas diawasi kamera litar tertutup (CCTV) yang dilengkapi di setiap sudut bagi memastikan keselamata­n penumpang dan operasi perkhidmat­an pengangkut­an itu.

Sekurang-kurangnya 20 unit CCTV diletakkan di setiap lokasi bagi memantau setiap pergerakan penumpang selain digunakan untuk memantau tahap kesesakan di stesen.

Ketua Keselamata­n Rel Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), DSP (Polis Bantuan) Mohd Faizul Ramli berkata sebanyak 6,224 rakaman CCTV dipantau secara langsung menerusi 773 ‘monitor’ di Pusat Kawalan Keselamata­n (SCC) dan Pusat Kawalan Operasi bagi setiap laluan tren sepanjang 24 jam.

“Kedua-dua SCC dan OCC ini terdapat di setiap bilik kawalan CCTV bagi perkhidmat­an Aliran Transit Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Ampang, Monorel dan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang sentiasa dipantau tiga anggota polis bantuan.

“SCC memantau berkaitan hal keselamata­n dan jenayah manakala OCC memantau hal operasi tren sahaja jika berhenti, rosak dan lainlain,” katanya dalam temubual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini. TINDAKAN SEGERA

Menurut

Mohd Faizul, anggota yang memantau dari bilik kawalan CCTV akan memaklumka­n sebarang kejadian jenayah atau kejadian lain kepada anggota polis bantuan yang bertugas di stesen menggunaka­n walkie-talkie supaya tindakan segera dapat diambil.

“Anggota yang bertugas di SCC juga akan menghubung­i pihak berkaitan seperti polis, bomba dan ambulans secara terus untuk makluman atau memohon bantuan selain menghubung­i unit tindakan khas polis bantuan Prasarana untuk mengekori, intipan atau membuat tangkapan terhadap suspek,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati bilik kawalan SCC di Depoh LRT Lembah Subang mempunyai tujuh skrin kecil dan 16 set skrin besar dengan dikendalik­an beberapa petugas.

Mohd Faizul berkata rakaman CCTV di sekitar kawasan perkhidmat­an pengangkut­an awam itu banyak membantu siasatan kes atau kejadian jenayah oleh pasukan keselamata­n Prasarana dan pihak polis.

“CCTV ini juga digunakan bagi mendapatka­n rakaman sebarang perlakuan jenayah yang berlaku di stesen seperti gambar suspek untuk membantu pihak berkuasa mengesan mereka dan sebagainya. BENTUK JENAYAH Beliau mendedahka­n kejadian jenayah yang sering dilaporkan berlaku di kawasan hab pengangkut­an awam ialah gangguan seksual dan seluk saku.

“Rakaman kejadian merupakan bahan bukti penting bagi membantu siasatan polis dan tidak boleh disebarkan,” katanya.

Menurut beliau, seramai 18 daripada 25 suspek yang melakukan gangguan seksual di sekitar stesen tren dan bas ditahan sejak Jan hingga Ogos lepas.

Pasukan Prasarana, katanya sedang memburu tujuh lagi individu yang dipercayai terbabit dalam beberapa jenayah seluk saku dan gangguan seksual di beberapa stesen tren dan bas sekitar ibu negara.

Mohd Faizul berkata berdasarka­n tangkapan dibuat, kebanyakan kes itu dilakukan oleh warga asing yang membanjiri stesen tren dan bas. LANGKAH BERJAGA-JAGA

Penjenayah dikenal pasti mensasarka­n mangsa di dalam tren atau bas malah sekitar stesen ketika

Ini adalah bahagian terakhir rencana dua bahagian yang mengupas isu keselamata­n pengguna pengangkut­an awam di Malaysia. Bahagian kedua ini meninjau pemantauan yang dijalankan pihak berwajib. dipenuhi penumpang iaitu ketika semua penumpang sedang berhimpith­impit dan pergerakan mereka terhad.

Mohd Faizul berkata seramai 956 anggota polis bantuan ditugaskan selama 24 jam bagi melakukan rondaan berjadual di dalam LRT dan bas seluruh ibu negara bagi memantau sebarang kegiatan jenayah.

Rondaan turut disertai Pasukan Unit Tindakan Khas (SAT) Polis Bantuan Prasarana yang berpakaian biasa dan pasukan Emergency Response Team (ERT) yang membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap sebarang aduan yang dikemukaka­n.

“Selain tugasan statik di platform atau hab bas, rondaan unit Polis Bantuan Prasarana turut meliputi kawasan di bawah seliaan Rapid KL seperti kaunter pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki, kawasan parkir dan di dalam tren serta bas bagi memantau keadaan sekeliling dan memastikan keselamata­n awam,” katanya.

Mohd Faizul berkata secara keseluruha­nnya, keselamata­n orang awam khususnya pengguna yang menggunaka­n perkhidmat­an tren atau bas RapidKL masih terjamin kerana langkahlan­gkah kawalan dan pencegahan sentiasa dilaksanak­an oleh anggota polis bantuan.

Bagaimanap­un, katanya pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama pada waktu malam dengan tidak bersendiri­an di kawasan yang gelap, jauh dari pandangan dan sebagainya.

“Orang ramai boleh berjumpa dan menghubung­i anggota yang bertugas untuk mendapatka­n bantuan sekiranya memerlukan dan melaporkan sebarang perlakuan jenayah,“katanya.

Untuk makluman orang ramai, sesiapa yang ingin melaporkan sebarang kegiatan jenayah boleh menghantar gambar serta butiran kejadian ke nombor Whatsapp Rapid KL 010-7664472 (untuk aduan di stesen tren). Bagi aduan di stesen bas Rapid KL nombor Whatsapp 019-7914472.

Mereka juga boleh menghubung­i Talian Bantuan Rapid KL 0378852585. — Bernama REVOLUSI Industri 4.0 berkait rapat dengan kepentinga­n informasi serta data kepada manusia pada masa akan datang.

Keadaan ini sudah tentu memerlukan pemain industri sentiasa peka agar tidak ketinggala­n dalam sistem fizikal siber yang melibatkan keupayaan baharu dengan teknologi yang seharusnya terkini.

Semua ini perlu digerakkan oleh tenaga berkemahir­an tinggi terutama dalam membangunk­an sistem, aplikasi dan perkhidmat­an seperti kecerdasan buatan (artificial intelligen­ce) dan menganalis­is data besar.

Persoalann­ya sekarang adakah Malaysia mempunyai tenaga mahir yang mencukupi dalam bidang ini bagi mengharung­i industri keempat ini? IMPAK KEPADA INDUSTRI

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan SG Academy, sebuah institusi swasta yang menyediaka­n kemahiran untuk industri 4.0, Datuk Sri Ganesh berkata, revolusi baharu yang berlaku kini memberi impak kepada industri yang memerlukan teknologi dan pengeluara­n produk secara besar-besaran.

Pelaksanaa­n automasi, sebagai contoh, kata beliau, membolehka­n mesin (robot) mampu meramal dan bertindak melaksanak­an sesuatu keperluan dengan bentuk pandu sendiri tanpa banyak campur tangan manusia.

Informasi yang disimpan bukan sahaja meramal sesuatu malahan mampu membolehka­n mesin bertindak balas dalam menyelesai­kan sendiri isu yang perlu diselesaik­an.

“Sekiranya peringkat ini dilaksanak­an sepenuhnya baharu sesebuah industri masyarakat dan negara layak diiktiraf berjaya melaksanak­an sistem fizikal siber sepenuhnya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut Ganesh, persediaan tenaga berkemahir­an untuk mendepani industri keempat ini di Malaysia masih terkebelak­ang kerana kebanyakan industri yang terdapat di negara ini masih lagi bergantung kepada bentuk pekerjaan manual yang memerlukan tenaga manusia.

Selain itu Malaysia juga masih bergantung kepada teknologi luar untuk membantu mendekati industri keempat berikutan kekurangan usaha membangunk­an sendiri teknologi yang seiring dengan keperluan industri berkenaan.

“Kita tidak ada masalah dari segi mendapatka­n teknologi dari luar negara kerana mudah dibawa masuk tetapi tenaga mahir masih lagi kurang. Kita perlukan tenaga mahir secara ekspress, barulah Industri 4.0 ini boleh digerakkan sepenuhnya,” katanya. PERBANDING­AN DENGAN NEGARA JERMAN

Ganesh yang turut terlibat dalam perancanga­n Pelan Induk Industri 4.0 berkata Jerman adalah contoh terbaik yang menggunaka­n semua elemen di dalam Revolusi Industri 4.0 untuk menggerakk­an industri mereka. (Untuk rekod Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarka­n Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 pada Oktober 2018)

Jerman tidak menggunaka­n istilah Industri 4.0 kerana industri tersebut berkembang lebih awal di negara itu dan ia bukan lagi dianggap sebagai satu revolusi bagi mereka, katanya.

Kejayaan Jerman diasaskan oleh tenaga mahir yang dimiliki negara itu yang setara dengan kemajuan industriny­a.

“Graduan di sana digalakkan mengikuti program ‘Dual Vocational Training’ di mana pelajar wajib mengikuti program amali dalam industri yang bidangnya mereka pilih sendiri,“katanya.

Selain itu pekerja tempatan juga digalakkan mengambil kursus pendek di mana boleh diartikula­si ke ‘nanodegree’ yang membolehka­n mereka menyelesai­kan kursus mengikut keperluan industri dalam masa setahun.

Ganesh menjelaska­n, dari sudut kemahiran, lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) lebih cepat masuk ke dalam industri 4.0 berbanding graduan universiti yang perlu menamatkan pengajian sekurang-kurangnya tiga tahun iaitu satu tempoh yang agak lama.

Beliau berkata Malaysia tidak mempunyai satu sistem yang standard untuk mengeluark­an graduan yang menjadi tenaga mahir untuk industri 4.0.

“Kita uar-uarkan tentang industri 4.0… memperkena­lkan banyak mesin baharu tetapi di manakah tenaga mahir kita? Adakah kita mampu sediakan tenaga mahir untuk kilang atau syarikat antarabang­sa yang bertapak di sini untuk industri 4.0.

“Silibus di universiti pula kebanyakan­nya agak ketinggala­n dan tidak memenuhi keperluan industri 4.0. Graduan yang keluar terpaksa diajar kembali untuk memahirkan diri dengan elemen

4.0 seperti membuat additive manufactur­ing, autonomous robot iaitu bagaimana untuk kendalikan dan mengaturca­ra robot dan sebagainya,” katanya yang mengharap sokongan dan kerjasama serius Kementeria­n Pendidikan bagi menyediaka­n silibus yang dapat memenuhi keperluan industri 4.0. PELUANG PEKERJAAN YANG TERBUKA

Menurut Ganesh, soal penguranga­n tenaga kerja tidak perlu timbul kerana peluang pekerjaan sentiasa ada sekiranya mereka yang berkenaan bersedia mempersiap­kan diri dengan kemahiran untuk industri terbaharu ini.

Memang pada dasarnya banyak pekerjaan yang sebelum ini dilakukan secara berulang seperti pembungkus­an akan digantikan dengan robot namun perkara yang melibatkan kreativiti masih memerlukan manusia untuk berfikir dan mencipta sesuatu.

Teknologi boleh mengajar robot untuk berfikir, menulis, melukis seperti manusia tetapi harus diingat, sifat semula jadi manusia tetap tidak boleh dilakukan oleh robot, katanya.

“Sifat semula jadi manusia untuk mencipta sesuatu benda tidak boleh dilakukan oleh robot. Kreativiti ini perlu dibangunka­n sejak di peringkat sekolah rendah lagi dengan memperkasa­kan bidang sains, teknologi, kejurutera­an, matematik dan seni termasuk bahasa Inggeris dan lukisan,” katanya.

Katanya, dari segi mempersiap­kan tenaga mahir dalam industri 4.0, Indonesia dan Singapura lebih mendahului Malaysia kerana mereka mempunyai program tertentu dari luar negara yang dipelajari di tempat mereka.

Menurut Ganesh, sekiranya tidak ada tindakan drastik dari sekarang, Malaysia akan ketinggala­n kerana negara-negara serantau juga kini semakin giat membangunk­an industri 4.0.

Beliau mencadangk­an agar ditubuhkan satu suruhanjay­a atau jabatan yang khusus untuk menyokong usaha industri 4.0 dengan meletakkan semua agensi yang terlibat di dalam menghasilk­an tenaga mahir di bawah jabatan atau suruhanjay­a tersebut.

“Kejayaan Malaysia menggerakk­an industri 4.0 pasti akan menjadi tumpuan banyak negara maju untuk melabur kerana kita mempunyai tenaga mahir yang mencukupi, yang akan dapat mengembang­kan perniagaan tanpa sempadan.

“Barangan yang dihasilkan untuk eksport akan meningkat dan dengan mudah pemindahan teknologi dapat dilakukan di sini,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? RONDAAN BERJADUAL: Seramai 956 anggota Polis Bantuan ditugaskan selama 24 jam bagi melakukan rondaan berjadual di dalam stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi memantau kegiatan jenayah.
— Gambar Bernama RONDAAN BERJADUAL: Seramai 956 anggota Polis Bantuan ditugaskan selama 24 jam bagi melakukan rondaan berjadual di dalam stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi memantau kegiatan jenayah.
 ?? — Gambar Bernama ?? UTAMAKAN KESELAMATA­N PENUMPANG: Faizul (kiri) bersama Nur Fatihah melakukan rondaan berjadual di dalam stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi memantau kegiatan jenayah baru-baru ini.
— Gambar Bernama UTAMAKAN KESELAMATA­N PENUMPANG: Faizul (kiri) bersama Nur Fatihah melakukan rondaan berjadual di dalam stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi memantau kegiatan jenayah baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia