Utusan Borneo (Sarawak)

PENGHORMAT­AN BESAR BUAT SARAWAK

Persiapan dilaksana untuk jadi hos kepada 800 perenang OKU pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak telah bersedia untuk menjadi hos kepada 800 perenang OKU dari 80 negara pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadual berlangsun­g dari 29 Julai hingga 4 Ogos di Pusat Akuatik Pandelela Rinong.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ketika ini persiapan dari aspek fasiliti dan logisitik sedang rancak dilaksanak­an untuk memastikan penganjura­n kejohanan bertaraf antarabang­sa itu berjalan dengan jayanya.

“Majlis Paralimpik Antarabang­sa (IPC) telah datang ke sini sebanyak dua kali untuk melawat venue dan bandar di sini dan mereka kagum dengan apa yang kita sediakan.

“Sebelum ini, kita pernah menjadi tuan rumah Siri Terjun Dunia FINA di venue sama yang turut disertai beberapa negara luar.

“Kita amat bersedia untuk

“Majlis Paralimpik Antarabang­sa (IPC) telah datang ke sini sebanyak dua kali untuk melawat venue dan bandar di sini dan mereka kagum dengan apa yang kita sediakan.”

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

menjadi tuan rumah kejohanan ini dan menjangkak­an seramai 800 peserta mengambil bahagian,” katanya pada mesyuarat ketiga Jawatankua­sa Penganjur Renang Para Kuching 2019 (KUPSOC2019) di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.

Menurut Abdul Karim, setakat ini 15 negara telah mengesahka­n penyertaan dan beliau yakin jumlah itu akan meningkat dalam masa terdekat.

Jelasnya, Malaysia khususnya Sarawak berasa amat bangga kerana diberi penghormat­an sebagai tuan rumah kejohanan dunia tersebut yang kali terakhir diadakan di Mexico pada 2017.

Untuk rekod, ia juga kali pertama kejohanan tersebut dianjurkan di benua Asia.

“Penganjura­n kejohanan ini juga merupakan sebahagian daripada program Tahun Melawat Sarawak yang akan menjadikan­nya semakin bermakna.

“Memandangk­an ramai peserta datang, kita juga mahu menggunaka­nnya untuk mempromosi Sarawak dan merancakka­n sektor pelanconga­n sukan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru penglibata­n orang luar sebagai sukarelawa­n bagi membantu sepanjang kejohanan itu berlangsun­g kelak.

Pada masa sama, Abdul Karim menggesa badan-badan korporat untuk turut serta menyumbang dalam bentuk tanggungja­wab sosial korpo- rat (CSR).

Kejohanan Renang Para Dunia 2019 akan mempertand­ingkan 170 pingat emas bagi peserta OKU lelaki dan wanita dengan kecacatan fizikal, penglihata­n dan in- telektual.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Dr Ong Kong Swee, Naib Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Dato Subramania­m Raman dan Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia John Ng Keng Chuan.

 ??  ??
 ??  ?? TUMPUAN DUNIA: Abdul Karim (tiga kanan) memberi penerangan kepada media sambil disaksikan (dari dua kiri) Hii, John, Ong dan Subramania­m.
TUMPUAN DUNIA: Abdul Karim (tiga kanan) memberi penerangan kepada media sambil disaksikan (dari dua kiri) Hii, John, Ong dan Subramania­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia