Utusan Borneo (Sarawak)

‘IA ADALAH HAK KITA’

Sarawak bertegas kenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum: KM

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Sarawak bertegas tetap akan mengenakan cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas produk-produk petroleum yang dikaut dari negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menyampaik­an pandangan bahawa cukai jualan ini adalah tidak wajar.

Tetapi Abang Johari bertegas bahawa ini adalah hak Sarawak dan ia dilaksanak­an berdasarka­n Perlembaga­an Persekutua­n.

“Menteri Kewangan berpendapa­t ia mungkin akan meningkatk­an kos dan pelabur mungkin tidak mahu melabur dalam minyak dan gas di Malaysia disebabkan cukai jualan ini.

“Saya balas, ia adalah hak kita untuk kenakan cukai jualan berdasarka­n Perlembaga­an Persekutua­n.

“Tetapi jika ia tidak berdaya saing, kerajaan persekutua­n boleh mengatur semula struktur cukai kerana mereka juga mengenakan cukai pendapatan petroleum sebanyak 38 peratus.

“Apa yang mereka (kerajaan persekutua­n) boleh buat ialah mereka boleh kurangkan cukai untuk menjadi lebih berdaya saing.

“Mengapa kita perlu mengorbank­an diri kita sendiri sedangkan itu hak Sarawak,” tegas Abang Johari pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Terdahulu, Abang Johari mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Perunding Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak yang ditubuhkan oleh DUN Sarawak.

Tambah Abang Johari, kerajaan persekutua­n hanya berdiam diri apabila Sarawak menegaskan pendirian mengenai cukai jualan berkenaan.

“Mereka berdiam diri dalam hal ini kerana itu adalah hak kita dan kita boleh kenakan cukai jualan sampai 10 peratus tetapi kita perlu mengambil kira persekitar­an ekonomi. Sebab itu kita hanya kenakan lima peratus cukai jualan.

“Apa yang mereka (kerajaan persekutua­n) boleh buat ialah kurangkan 5 peratus cukai pendapatan petroleum kepada hanya 33 peratus cukuplah,” kata Abang Johari.

Mengenai persetujua­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Jawatankua­sa Kabinet Khas MA63 dengan cadangan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali supaya perbincang­an mengenai isu berkenaan hal-hal petroleum diteruskan antara kerajaan Sarawak dan Petronas, Abang Johari berkata mereka mempunyai formula antara Petronas dan Sarawak.

Ini katanya, adalah kesan daripada penguatkua­saan Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 (OMO58) oleh Sarawak bagi membolehka­n Sarawak turut serta sepenuhnya dalam industri hiliran dan huluan.

“Kita mahu rundingan berkenaan hal-hal petroleum dengan Petronas ini diteruskan dan Azmin bersetuju ia diteruskan berdasarka­n perjanjian komersial,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BINCANG: Abang Johari (depan, tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Perunding MA63 Sarawak di Kompleks DUN di Kuching semalam.
— Gambar Chimon Upon BINCANG: Abang Johari (depan, tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Perunding MA63 Sarawak di Kompleks DUN di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia