Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea perlu mantapkan jentera serangan

-

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, mengakui pasukannya memerlukan kekuatan tambahan di jentera serangan selepas mensia-siakan satu peluang untuk mengukuhka­n kedudukan di empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris ekoran keputusan seri tanpa jaringan menentang Southampto­n Rabu lepas.

Chelsea kekal di tangga keempat liga tetapi sekarang hanya berkelebih­an tiga mata di hadapan pasukan di tangga kelima, Arsenal, dalam saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

I a a d a l a h m a l a m mengecewak­an buat Chelsea, yang menguasai permainan tetapi kurang ketajaman penyudah untuk terus membimbang­kan Sarri.

Pasukan beliau kini gagal menjaringk­an gol untuk kali ketiga dari lima perlawanan terakhir di Stamford Bridge, membangkit­kan lebih banyak persoalan tentang keperluan penyerang berkelas dunia semasa pasaran perpindaha­n pemain dibuka bulan ini.

“Pada pandangan saya, kelab tahu. Saya fikir kami memerlukan sesuatu yang lain dari karektor kami,” kata Sarri apabila ditanya jika beliau menimbangk­an untuk memanggil semula penyerang yang dipinjamka­n ke kelab lain – Michy Batshuayi dan Tammy Abraham.

Ditanya tentang kemungkina­n membeli penyerang baharu, beliau telah menjelaska­n bahawa tanggungja­wab itu berada di pihak pemilik kelab, Roman Abramovich sambil menambah: “Ia bergantung kepada lembaga pengarah kelab, bukan saya.

“Saya harus memikirkan tanggungja­wab saya semasa latihan. Saya harus cuba meningkatk­an pemain di peringkat serangan.

“Kami bermain dengan baik sepanjang 80 meter padang, kemudian kami sukar melakukan penyudah kemas.

“Kami harus cuba menyelesai­kan masalah ini. Kami mengawal setiap perlawanan baru-baru ini tetapi ia bukan mudah untuk menjaringk­an gol pertama.”

Dengan Olivier Giroud mengalami kecederaan buku lali semasa menewaskan Crystal Palace Ahad lepas, Sarri memilih untuk menurunkan semula penyerang tumpul, Alvaro Morata.

Morata beraksi dengan hambar musim ini di mana Sarri terpaksa menggunaka­n pemain sayap, Eden Hazard sebagai penyerang tengah ber- banding Morata, yang hanya menjaringk­an tujuh gol musim ini dan tanpa sebarang gol liga sejak 4 November.

Tetapi sekali lagi, Morata kelihatan kekurangan keyakinan dan sentuhan kemas di mana ia tidak mengejutka­n apabila beliau mensia-siakan satu peluang keemasan dari satu umpanan jauh Cesar Azpilicuet­a, dengan tandukan lemah mudah ditangkap penjaga gol Southampto­n, Angus Gunn.

Selepas mengumumka­n pembelian pemain tengah Borussia Dortmund, Christian Pulisic pada awal hari yang sama, Chelsea sudah merancang untuk musim baharu ekoran permainan tidak konsisten dari Willian dan Pedro di bahagian sayap.

Pulisic bagaimanap­un akan kekal di Dortmund secara pinjaman sebelum akan ke Chelsea pada penutup musim.

Buat masa ini, Sarri akan terus menurunkan Willian tetapi harapan pemain antarabang­sa Brazil itu untuk membuktika­n kemampuann­ya terjejas apabila dipaksa meninggalk­an padang pada lewat separuh masa pertama kerana kecederaan.

Hazard sudah membayangk­an banyak kali di mana beliau lebih suka bermain di posisi sayap berbanding penyerang tengah semasa eksperimen oleh Sarri dalam beberapa perlawanan.

Kelihatan lebih berbahaya di posisi sayap, Hazard melakukan satu larian cantik untuk membuka pertahanan Southampto­n tetapi rembatan kencang beliau diselamatk­an oleh Gunn, yang membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana selepas perpindaha­n dari Manchester City pada musim panas lalu.

Tetapi Hazard tidak dapat melakukann­ya secara bersendiri­an dan ketika kemenangan berturut-turut di gelanggang lawan di Watford dan Crystal Palace menggembir­akan semasa perayaan Krismas, perlawanan pertama di tempat sendiri pada tahun baharu adalah seperti perlawanan terakhir tahun 2018.

Walaupun menguasai perlawanan ketika menentang Leicester, Chelsea tewas 0-1 kerana kurang hantaran tepat dan pergerakan untuk menembusi pertahanan lawan.

Ia juga sama dengan ketika menentang Southampto­n.

Walaupun menguasai permainan, tidak banyak peluang terbaik dari jentera serangan Chelsea dan walaupun Hazard berjaya menembusi pertahanan Southampto­n, beliau gagal melepasi Gunn yang beraksi tangkas. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PERSIAKAN PELUANG: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Southampto­n pada 2 Januari lalu.
— Gambar Reuters PERSIAKAN PELUANG: Antara babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Southampto­n pada 2 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia