Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur disyaki edar dadah dicekup

-

Seorang penganggur ditangkap kerana disyaki mengedar dadah susulan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM9,000 dalam dua serbuan berasingan Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Superinten­den Sahar Abd Latif berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, polis menahan lelaki berusia 22 tahun itu di sebuah rumah di Taman Sin Hai Min sekitar jam 4.30 petang.

“Hasil pemeriksaa­n, polis ber- jaya menemui satu peket plastik berisi enam biji pil disyaki ekstasi (2.84 gram), satu peket berisi hablur kristal disyaki Ketamine (2.25 gram) dan satu peket campuran jus buah-buahan disyaki serbuk ekstasi (18.80 gram).

“Manakala dalam serbuan (kedua) di sebuah pangsapuri di Jalan Tawi Sli dengan dipandu arah oleh suspek membawa kepada penemuan 10 peket campuran jus buah-buahan disyaki serbuk ekstasi dengan berat kasar 202.70 gram, 32 peket hablur kristal disyaki dadah jenis Ketamine (6.47 gram) dan satu peket lutsinar disyaki pil ekstasi dengan berat kasar 6.47 gram,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sahar berkata, suspek berasal dari Jalan Stutong itu dipercayai memulakan aktiviti pengedaran dadah sejak 2017.

“Bagaimanap­un, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 selepas saringan awal air kencingnya disahkan positf dadah jenis Methamphet­amine,” katanya.

 ??  ?? RAMPASAN: Dadah yang dirampas dalam serbuan tersebut.
RAMPASAN: Dadah yang dirampas dalam serbuan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia