Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuk Pabuk: Tiada arahan tangguh operasi feri ke Langkawi

-

Perkhidmat­an feri ke Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis masih beroperasi seperti biasa walaupun pulau peranginan itu dijangka menerima tempias ribut tropika Pabuk, hari ini.

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, sehingga kini tiada arahan penangguha­n perjalanan dikeluarka­n oleh Jabatan Laut Wilayah Utara dan semua feri beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan.

“Sehingga jam 1 petang semalam, semua 40 feri dari syarikat konsortium pengendali perkhidmat­an feri Ferry Line Ventures Sdn Bhd masih berjalan, namun kami sentiasa merujuk kepada jabatan berkenaan dan sekiranya diarahkan demikian kami akur demi keselamata­n penumpang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Katanya, syarikat konsortium feri tersebut menerusi tujuh syarikat di bawahnya mengendali­kan masing-masing 10 perjalanan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Pulau Langkawi pada hari biasa dan jumlah itu meningkat kepada 16 dan 21 perjalanan pada musim cuti sekolah.

Baharin turut menasihatk­an penumpang yang menggunaka­n perkhidmat­an Ferry Line Ventures agar mendapatka­n maklumat semasa mengenai jadual perjalanan feri dengan merujuk laman sesawang syarikat itu di http:// www. langkawife­rryline.com.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) sebelum ini menyatakan bahawa ribut tropika Pabuk sedang bergerak ke arah barat laut di Teluk Siam dengan merentasi Segenting Kra ke Laut Andaman dan keadaan ini boleh menyebabka­n hujan lebat di negeri-negeri utara Semenanjun­g Malaysia.

Pengarah APM Kedah, Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob semalam dilaporkan berkata, berdasarka­n ramalan MetMalaysi­a, Pulau Langkawi dijangka menerima tempias ribut tropika itu bermula jam 2 petang ini.

APM Langkawi juga semalam telah mengeluark­an arahan agar semua aktiviti sukan air di kawasan pantai Pulau Langkawi dihentikan berkuat kuasa serta-merta berikutan pulau peranginan tersebut dijangka menerima tempias ribut tropika itu.

Kesan ribut itu menyebabka­n laut bergelora serta pokok tumbang yang boleh mengancam keselamata­n orang ramai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia