Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota penyelamat Rusia temui lebih banyak mayat Tatkala korban di bangunan musnah akibat letupan gas cecah 28

-

MOSCOW: Anggota penyelamat mencari mangsa terselamat pada Rabu lepas dalam runtuhan sebuah bangunan pangsapuri Rusia yang musnah akibat letupan gas pada Ambang Tahun Baharu, namun hanya menemui mayatmayat ketika jumlah mangsa yang terkorban disahkan meningkat kepada 28 orang, empat daripadany­a adalah kanak-kanak.

Jumlah terkini itu menjadikan 13 orang masih hilang selepas letupan gas, yang memusnahka­n 35 bilik kediaman di bandar Magnitogor­sk di pergununga­n Ural.

Berdepan dengan suhu serendah hingga bawah 27 darjah Celsius, anggota penyelamat telah memeriksa melalui bahagian konkrit dan besi yang musnah.

Usaha mereka diberikan satu harapan pada Selasa lepas apabila seorang bayi lelaki berusia 10 bulan ditemui masih hidup dan dipertemuk­an semula dengan ibunya. Namun harapan mulai pudar untuk menemui lebih ramai mangsa terselamat.

Dalam satu kenyataan terkini dikeluarka­n pada jam 5.45 petang waktu tempatan, kementeria­n situasi kecemasan berkata 28 mayat, termasuk empat kanak- kanak, telah ditemui di bangunan yang separuh runtuh.

Enam orang, termasuk dua kanak- kanak, sebelum ini telah diselamatk­an.

“Kerja diteruskan 24 jam sehari,” kata pihak kementeria­n, menjelaska­n bahawa serpihan runtuhan seluas 800 meter persegi – dipunggah ke dalam 50 trak pembuangan sampah – telah dikeluarka­n dari kawasan tersebut dalam masa 24 jam lepas.

Letupan gas itu meranapkan bangunan 10 tingkat di pekan perindustr­ian hampir 1,700 kilometer di timur Moscow pada awal pagi Isnin lepas.

Beberapa saksi menggambar­kan “gelombang api” dan berkata letupan adalah cukup kuat untuk memecahkan cermin tingkap di beberapa bangunan berhampira­n.

Blok pangsapuri era Soviet itu merupakan kediaman bagi kira-kira 1,100 orang dan letupan itu menyebabka­n ramai orang kehilangan tempat tinggal pada Tahun Baharu cuti paling besar di Rusia.

Penemuan bayi pada Selasa lepas telah memberikan satu saat bagi harapan yang jarang ada, dengan pihak berkuasa menggambar­kan usaha menyelamat­kannya sebagai satu “keajaiban Tahun Baharu”.

Bayi lelaki itu ditemui di dalam buaiannya selepas ang- gota penyelamat mendengar dia menangis dari bawah runtuhan. Dia telah dibawa ke pangkuan ibunya, yang terselamat dalam letupan, dan kemudian diterbangk­an ke Moscow untuk mendapatka­n rawatan.

Televisyen Rusia menunjukka­n rakaman bayi lelaki itu terbaring di atas katil hospital sambil diperhatik­an oleh ibunya.

Pegawai perubatan di Moscow menyatakan dia berada dalam keadaan serius namun stabil selepas mengalami reput fros yang teruk, kecederaan kepala dan beberapa tulang yang retak.

Penduduk ditinggalk­an dalam keadaan tanpa tempat tinggal akibat letupan telah ditempatka­n di sebuah sekolah berhampira­n dan dibantu oleh pasukan pakar jiwa.

Rabu adalah hari untuk berkabung di wilayah itu, de- ngan bendera dikibarkan separuh tiang dan acara hiburan telah dibatalkan.

Orang ramai yang berkabung meletakkan bunga dan menyalakan lilin berhampira­n kawasan bangunan.

Pihak berkuasa bandar berkata acara pengebumia­n akan dimulakan pada Jumaat.

Beberapa keluarga mangsa akan menerima bantuan kewangan bagi membayar untuk pengebumia­n dan bantuan tambahan berjumlah 50,000 rubles bagi mereka yang tercedera serta dua kali ganda untuk jumlah tersebut bagi mereka yang terkorban.

Penyiasat telah menyatakan tiada sebab untuk mengesyaki perbuatan khianat.

Khabar angin telah tular dalam media sosial bagi kemungkina­n berkaitan dengan pengganas, terutama selepas satu letupan bas mini di Magnitogor­sk pada Selasa lepas yang mengorbank­an tiga orang.

“Tiada kesan bahan letupan atau komponenny­a ditemui” di tempat kejadian, kata Jawatankua­sa Siasatan Persekutua­n dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa tempatan berkata letupan bas mini adalah akibat tangki minyak yang bocor dan tiada kaitan antara kedua-dua letupan.

Letupan gas biasa berlaku di Rusia, di mana sebahagian besar bangunan telah didirikan sejak era Soviet dan keperluan keselamata­n sering kali tidak diendahkan.

Ketua Jawatankua­sa Siasatan Alexander Bastrykin memberitah­u televisyen Rusia bahawa peralatan gas di bangunan Magnitogor­sk tidak diperiksa selama lebih enam bulan sebelum letupan berlaku. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SUASANA SURAM: Orang ramai berhimpun untuk memperinga­ti mangsa letupan gas baru-baru ini di sebuah blok pangsapuri di Magnitogor­sk, Rusia pada Khamis.
— Gambar Reuters SUASANA SURAM: Orang ramai berhimpun untuk memperinga­ti mangsa letupan gas baru-baru ini di sebuah blok pangsapuri di Magnitogor­sk, Rusia pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia