Utusan Borneo (Sarawak)

DPI beli jalur pengisian aerosol baharu automatik sepenuhnya tingkat kapasiti

-

Pengeluar cat aerosol, DPI Holdings Bhd membeli jalur pengisian aerosol baharu automatik sepenuhnya bagi kilang sedia ada untuk meningkat kapasit pengeluara­n dalam usaha memenuhi permintaan pasaran.

Jalur pengisian aerosol baharu bernilai RM450,000 itu sedang menjalani pemasangan dan pengujian, dengan dijangka memulakan operasi pada beberapa bulan akan datang.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan, Peter Chai berkata, kapasiti pengeluara­n semasa syarikat sebanyak 9.7 juta tin setahun,

“Ini merupakan sebahagian penambahba­ikan yang dirancang bagi kilang sedia ada kami, dengan memperting­kat tiga jaluran pengisian separa automatik kepada automatik sepenuhnya, untuk mencapai output yang lebih cepat dan kapasiti lebih tinggi.

“Dua lagi jalur separa automatik disasarkan untuk dinaik taraf dan dipasang dalam tempoh 24 bulan berikutnya,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, DPI Holdings menggiatka­n pelan pengiklana­n dan pemasaran media sosial untuk mencapai pelanggan berpotensi yang lebih pelbagai.

Syarikat itu turut berhasrat untuk membina kilang baharu yang mempunyai empat jalur pengisian aerosol automatik sepenuhnya.

Pengeluara­n di kilang baharu ditetapkan untuk dimulakan pada separuh pertama 2020, sekiranya semuanya berjalan lancar.

Bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 Mei, 2019, perolehan syarikat meningkat tiga peratus kepada RM25.6 juta daripada RM24.9 juta yang dicatatkan pada tempoh sama 2018.

Peningkata­n perolehan didorong terutamany­a oleh kenaikan jualan produk aerosol, pelarut dan pencair, daripada pelanggan tempatan baharu yang diperolehi pada tempoh kewangan semasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia