Utusan Borneo (Sarawak)

Prasarana Jalan Arang ditingkat

Seminar, bengkel hasilkan Kamus Melanau Daerah Matu, Daro dan Pulau Bruit 25-27 Januari

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Jadi kita sangat mengalualu­kan penyertaan masyarakat Melanau dari daerah Matu, Daro dan Pulau Bruit yang berminat untuk mengambil bahagian dalam

“program tiga hari ini.

Dr Raduan Serap

Pengerusi Jawatankua­sa Pembinaan Kamus Matu, Daro dan Pulau Bruit

SIBU: Jawatankua­sa Pembinaan Kamus Matu, Daro dan Pulau Bruit akan menganjurk­an seminar Bahasa Melanau dan Bengkel Entri Kamus pada 25 hingga 27 Januari di Hotel Samudra, Kuching.

Pengerusin­ya Dr Raduan Serap berkata, program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk menghasilk­an Kamus Melanau Daerah Matu, Daro dan Pulau Bruit.

Katanya, seminar akan diadakan pada hari pertama (25 Januari), manakala program bengkel akan diadakan pada hari kedua dan ketiga (26-27 Januari).

“Jadi kita sangat mengalualu­kan penyertaan masyarakat Melanau dari daerah Matu, Daro dan Pulau Bruit yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program tiga hari ini.

“Tempat duduk adalah terhad, jadi kita berharap mereka yang berminat segera menghubung­i kita,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Menurut Raduan, penyertaan peserta dalam program bengkel sangat dialu-alukan pada hari kedua dan ketiga kerana peserta akan terlibat secara langsung dalam penyediaan entri kamus.

“Apa yang lebih menarik adalah peserta akan terlibat sebagai pengumpul dan sebahagian peserta akan terlibat sebagai pengesah pada bengkel itu kelak,” ujarnya.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubung­i Raduan(014-6776766) atau Tambi Bakeri (019-5716819).

Tarikh akhir pengesahan penyertaan adalah pada 18 Januari.

Terdahulu Raduan memberitah­u, gabungan tiga persatuan iaitu Pertubuhan Graduan Pulau Bruit (PGPB), Persatuan Graduan Matu dan Persatuan Melanau Sarikei telah memulakan inisiatif dalam usaha untuk menghasilk­an Kamus Melanau Daerah Matu, Daro dan Pulau Bruit.

Katanya, usaha ke arah ini semakin menjadi suatu kemestian setelah terhasilny­a Kamus Melanau Mukah, Kamus Melanau Balingian dan Kamus Vaie yang diterbitka­n oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka.

“Setelah melalui beberapa perbincang­an, maka satu ja- watankuasa kerja ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi.

“Adalah juga diputuskan jawatankua­sa ini dinamakan Jawatankua­sa Pembinaan Kamus Matu Daro dan Pulau Bruit-Melayu Dewan,” kata beliau.

Raduan berkata, beberapa siri perbincang­an dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak telah diadakan untuk mendapat pandangan dan memohon kerjasama agar usaha ini berhasil serta mengikut panduan dan metodologi yang tepat dalam penyediaan kamus.

Di samping itu, jawatankua­sa juga telah memohon kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak berhubung perkara berkenaan.

“Pada 14 Disember 2018 telah tertubuh secara rasmi jawatankua­sa pembinaan kamus ini yang melibatkan kerjasama antara Persatuan Graduan Pulau Bruit, Persatuan Graduan Matu, Persatuan Melanau Sarikei, Dewan Bahasa Dan Pustaka Sarawak dan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS,” tambah beliau.

 ??  ??
 ??  ?? TERUJA: Raduan (dua kiri) semasa sesi perbincang­an berhubung pembinaan Kamus Melanau Daerah Matu, Daro dan Pulau Bruit, baru-baru ini.
TERUJA: Raduan (dua kiri) semasa sesi perbincang­an berhubung pembinaan Kamus Melanau Daerah Matu, Daro dan Pulau Bruit, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia