Utusan Borneo (Sarawak)

Pukul isteri ketika layan dadah, lelaki ditangkap

Kejadian disaksikan anak perempuan yang ketakutan, keluar rumah dan terus ke balai buat laporan

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Seorang lelaki yang disyaki dalam pengaruh dadah ditahan polis kerana memukul isteri dengan tangan sehingga cedera di sebuah rumah sewa di Jalan Tiong Hua petang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berumur 44 tahun itu ditahan polis selepas satu laporan dibuat pengadu pada jam 1 petang semalam.

“Pengadu yang merupakan anak perempuan suspek, 17, ternampak bapanya memukul ibunya di belakang badan dengan tangan serta menarik rambut ibunya.

“Disebabkan ketakutan, pengadu keluar dari rumah lalu ke balai polis membuat laporan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa, 43, mengalami kesakitan di bahagian kepala serta di belakang badan

Pengadu yang merupakan anak perempuan suspek, 17, ternampak bapanya memukul ibunya di belakang

“badan dengan tangan serta menarik rambut ibunya.

akibat dipukul menggunaka­n tangan oleh suspek.

Stanley berkata, mangsa (ibu pengadu) juga telah membuat laporan polis berhubung hal ini dan punca kejadian adalah kerana mangsa enggan menyerahka­n wang kepada suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Kekerasan Rumahtangg­a (KRT) kerana memukul isteri.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai penjaja di Pasar Malam Sibu mempunyai 11 anak.

“Suspek akan direman untuk siasatan lanjut,” tambah beliau.

ACP Stanley Jonathan Ringgit Ketua Polis Daerah Sibu

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia