Utusan Borneo (Sarawak)

Beri jaminan kepada rakyat biarpun jika harga minyak dunia meningkat

-

Kerajaan diharap memberi jaminan kepada rakyat berhubung harga petrol dan diesel meskipun jika harga minyak dunia meningkat.

Tidak dinafikan pengumuman penurunan harga petrol dan diesel oleh kerajaan menjadi berita gembira kepada rakyat atau pengguna secara keseluruha­nnya, namun ada yang berpendapa­t ia tidak terhenti untuk tempoh tertentu sahaja.

Seorang pensyarah, Vitcsy Michael Niob, 39, berkata, sebagai pengguna pengumuman penurunan harga petrol dan diesel semestinya sesuatu yang menggembir­akan kerana memberi manfaat serta impak kebaikan dari segi perbelanja­an harian.

Katanya, jika diteliti harga petrol dan diesel untuk seminggu akan datang ini adalah antara terendah pernah diumumkan dan percaya ramai yang gembira mengenainy­a.

“Saya berharap kerajaan akan terus menangani isu harga petrol dan diesel dengan memberi jaminan walaupun harga pasaran dunia meningkat, kerajaan tetap memastikan rakyat menikmati harga siling yang masih boleh dianggap ‘boleh dipertimba­ngkan.’

“Misalnya pada harga RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel dengan pemberian subsidi,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Vitcsy berkata, satu kebimbanga­n juga adalah dari segi kenaikan harga barangan yang dipengaruh­i secara tidak langsung oleh harga minyak.

Secara logik katanya, sekiranya harga minyak turun, harga sepatutnya turun khasnya produk yang melibatkan penggunaan petroleum dalam proses pengilanga­n dan penghantar­an.

“Maka pada pandangan saya, sekiranya harga siling untuk minyak ada, maka harga siling untuk barangan asas yang digunakan untuk rakyat sepatutnya diwujudkan.

“Jika ini terlaksana, kerajaan perlu mempunyai satu mekanisme pemantauan yang mana pengguna boleh membuat aduan secara terus kepada pihak berwajib sekiranya didapati ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang disebabkan harga petrol naik,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Korina Mang yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Miri berpendapa­t, sistem apungan dan penetapan harga secara mingguan akan memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati kadar harga petrol dan diesel yang lebih murah selari dengan penurunan harga di pasaran dunia, yang secara tidak langsung akan memberi kelegaan kepada rakyat.

“Sistem ini juga akan membolehka­n pihak kerajaan menetapkan kadar subsidi yang diperlukan secara lebih sistematik.

“Jika kadar harga minyak turun, tambang pengangkut­an awam harus diturunkan kerana ia akan memberi kesan kepada masyarakat pengguna kenderaan awam.

“Dalam hal ini, pengusaha pengangkut­an awam harus bersama- sama memainkan peranan dan tanggungja­wab demi untuk kepentinga­n bersama,” katanya.

Mengulas mengenai kenaikan harga barang disebabkan harga petrol dan diesel, Korina berkata kebiasaann­ya, kenaikan harga bahan api akan mendorong peniaga menaikkan harga barang.

Bagaimanap­un katanya, peniaga tidak akan menurunkan harga barang apabila harga bahan api turun dan ia adalah fakta.

“Secara kesimpulan­nya, penurunan harga bahan api tidak akan memberi impak bagi penurunan harga barangan,” katanya yang juga Ketua Wanita PKR Cabang Miri.

 ??  ?? VITCSY
VITCSY
 ??  ?? KORINA
KORINA
 ??  ?? NORHAFIZAN
NORHAFIZAN
 ??  ?? DAVES
DAVES
 ??  ?? MOH
MOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia