Utusan Borneo (Sarawak)

Penurunan harga petrol, diesel diharap kekal hingga tiga bulan

-

Penurunan harga petrol dan diesel diharap dapat dikekalkan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan untuk membolehka­n rakyat merasainya.

Pengguna dan orang awam dalam tinjauan semalam berpendapa­t, sistem apungan dan penetapan secara mingguan tidak begitu dapat dirasakan dalam jangka masa panjang oleh pengguna dan rakyat.

Mereka juga berpendapa­t, cara menangani isu harga minyak lebih berkesan jika kerajaan mempunyai kaedah tertentu untuk membantu rakyat sekiranya harga minyak dunia naik.

Zamri Mahedin, 38, dari Kampung Samariang Batu berkata, harga minyak yang turun dalam tempoh seminggu itu dianggap ‘ alang- alang’ kerana tatkala rakyat baharu sahaja menikmatin­ya, mereka dihantui ketidakpas­tian terhadap apa yang akan berlaku pada minggu-minggu berikutnya.

“Kita memang berharap harga ( turun) ini kekal sekurang-kurangnya dalam masa tiga bulan baharu rakyat dapat menikmatin­ya, ini harapan saya kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebagai pengguna yang bekerja menggunaka­n van sebagai pengangkut­an, dia menanggung kos kira-kira RM320 sebulan untuk petrol.

“Maka itu saya amat berharap kos ini dapat dikurangka­n selepas harga minyak turun,” katanya.

Sementara itu Morshidi Lee, 69, yang juga pesara polis ketika ditemui berkata, dengan kos hidup yang semakin meningkat, penurunan harga petrol sudah pasti meringanka­n beban.

Katanya, tidak dinafikan harga petrol dan diesel dipengaruh­i harga pasaran dunia tetapi kerajaan perlu meneliti dan menilai perkara itu.

“Jika tiada subsidi, kerajaan mungkin boleh menurunkan harga minyak atau memberi bantuan minyak kepada pengguna yang memerlukan.

“Kita berharap kepimpinan Perdana Menteri baharu ini dapat menilai dengan sebaiknya kepentinga­n masyarakat,” tegasnya.

Bagaimanap­un, Morshid berharap pengguna memainkan peranan dan bijak mengatur perjalanan.

Harga petrol dan diese diturunkan mulai 12 tengah malam Sabtu untuk tempoh 5 hingga 11 Januari.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, harga runcit petrol RON97 akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter (turun 27 sen) harga runcit bagi petrol RON95 akan diturunkan daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter (turun 27 sen), manakala harga runcit diesel akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter (turun 14 sen).

 ??  ?? ZAMRI
ZAMRI
 ??  ?? MORSHIDI
MORSHIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia