Utusan Borneo (Sarawak)

WWF Malaysia bersama media lawat Ba’ Kelalan, Cabaran Eko HBH 7-12 Jan

-

Tabung Hidupan Liar Sedunia ( WWF) Malaysia mengadakan lawatan bersama media ke Ba’ Kelalan dan Cabaran Eko Heart of Borneo Highlands (HBH) pada 7 hingga 12 Januari ini.

Objektif utama lawatan itu mendedahka­n media mengenai penuaian padi sawah (beras Adan) secara lestari menggunaka­n System of Rice Intensific­ation (SRI) di Ba’ Kelalan dan mempromosi­kan Cabaran Eko HBH.

Para media melihat sendiri perbezaan penanaman padi secara tradisiona­l dan SRI dari segi hasil tuaian dan impak amalan penanaman terhadap alam sekitar.

Selain itu, rombongan turut melawat Long Lidung, perkampung­an di Lawas yang berjaya dengan sistem tagang ikan semah, melawat kebun strawberi di Buduk Nur, tempat pemprosesa­n garam bukit di Buduk Bui dan tempat legenda ‘Upai Semaring’ di Long Lemutut.

Untuk Cabaran Eko HBH, media dibawa melawat ke ‘salt spring’ di Long Midang, lawatan ke e-Krayan di Long Bawan dan beberapa kampung di Kalimantan antaranya Trang Baru, Buduk Upai dan Long Layu sebelum kembali ke Long Rusu di Ba’ Kelalan.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar bandar ini semalam mendapati rata-rata mempunyai pandangan masing-masing mengenai penurunan harga bahan api berkenaan.

Bagi Norliza Mohamad, 38, penurunan harga runcit petrol dan diesel yang mula berkuat kuasa tengah malam kelmarin mengurangk­an beban beliau dari segi kos minyak untuk ke tempat kerja.

Menurut Norliza, hampir setiap bulan beliau membelanja­kan kira-kira RM400 untuk perbelanja­an kos minyak kereta ke tempat kerja.

“Saya berasa amat lega kerana harga petrol turun juga akhirnya dan ini sangat-sangat meringanka­n beban saya untuk perbelanja­an kos pengangkut­an ke tempat kerja.

“Jika harga ini dikekalkan pada paras RM2 seliter untuk petrol dan diesel, saya yakin ia juga akan memberi implikasi kepada kos sara hidup yang lain seperti barangan keperluan harian,” katanya ketika ditemui semalam.

Setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat Norliza akan berulang alik dari tempat kerjanya di sebuah sekolah di Jalan SibuBintul­u di sini yang meliputi jarak kira-kira 43 kilometer.

Beliau juga berharap para peniaga mengambil peluang ini untuk menurunkan harga jualan mereka, sekali gus boleh membantu pengguna mengurangk­an kos sara hidup seharian.

Sementara itu, bagi peniaga tempatan di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Wahab, 54, mustahil untuk menurunkan harga jualannya walaupun harga bahan api petrol dan deisel turun pada masa ini.

Ini kerana katanya, harga bahan api bekenaan tidak kekal dan boleh jadi akan naik lebih tinggi pada minggu depan.

“Kita sedia maklum bahawa harga bahan api ini hanya untuk minggu ini sahaja iaitu hingga 11 Januari.

“Kalau saya turunkan harga barang jualan saya pada minggu ini, adakah logik untuk saya naikkan kembali pada minggu seterusnya jika harga minyak naik lagi?” soalnya.

“Jadi, soal harga kita tidak boleh sesuka hati untuk turun atau naik seperti harga minyak.

“Jika ini diamalkan, kam peniaga mungkin boleh kehilangan pelanggan,” jelasnya yang merupakan peniaga gera makanan di sini.

Wahab bagaimanap­un memberitah­u beliau jarang menaikkan harga walaupun harga bahan api berkenaan naik setiap minggu sebelum ini kerana masih memaham bebanan kos sara hidup yang ditanggung pelanggann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia