Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tidak akan berganjak tuntut kembali kuasa, hak

Perjuangan Sarawak menuntut hak-hak dan kuasa negeri daripada kerajaan persekutua­n adalah dengan niat baik: KM

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak tidak akan berganjak dalam perjuangan­nya menuntut kembali hak-hak dan kuasa negeri ini yang terhakis daripada kerajaan persekutua­n.

Tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Allahyarha­m Tok Nan telah memulakan usaha itu dan beliau kini menyusul.

“Kita tidak akan berganjak kerana ini adalah hak kita dan akan kita pertahanka­n,” katanya ketika berucap pada Malam Warisan Pendekar Rumpun Silat Sarawak (RSS) Wilayah Kuching 2019 di Stadium Perpaduan di sini, kelmarin.

Sama seperti menuntut ilmu silat, Abang Johari berkata, perjuangan Sarawak dalam menuntut hak-hak dan kuasa negeri daripada kerajaan persekutua­n adalah dengan niat yang baik.

“Dalam perjuangan ini, niat kita harus baik. Sebagai contoh, kita kenakan cukai jualan lima peratus ke atas hasil minyak dan gas yang ada di negeri ini.

“Niat kita adalah dana daripada kutipan cukai ini akan kita laburkan semula untuk projek pembanguna­n rakyat,” ujarnya.

Abang Johari turut memberi jaminan dengan adanya sokongan penuh rakyat termasuk para pesilat RSS, beliau akan meneruskan langkahnya dalam menuntut hak-hak negeri ini.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menuntut para pesilat RSS untuk turut mendalami ilmu teknologi selain ilmu silat.

“Dalam era hari ini, ilmu sangat penting pertamanya ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Dalam perjuangan ini, niat kita harus baik. Sebagai contoh, kita kenakan cukai jualan lima peratus ke atas hasil minyak

” dan gas yang ada di negeri ini.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Ilmu dunia mesti sama-sama kita pelajari lebih-lebih lagi berkaitan teknologi.

“Kalau hendak maju dari segi ekonomi, kita mesti kuasai ilmu dunia yang menekankan teknologi dengan berpaksika­n kepada ajaran agama,” katanya.

Abang Johari turut memberi jaminan akan memberikan peruntukan kepada semua bidang sukan termasuk silat.

Beliau juga berharap pesilat Sarawak akan membawa ben- dera Sarawak dalam ilmu silat ke persada yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, majlis tersebut menghimpun­kan seramai 350 pesilat dari 17 perguruan sempena pertanding­an silat 5x5 anjuran RSS Wilayah Kuching yang ditutup secara rasmi malam kelmarin.

Turut hadir Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Shari- fah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof, Presiden RSS Haneef Ali serta pengerusi pengelola Fazzrudin Abdul Rahman.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PERJUANGAN DITERUSKAN: Abang Johari menjulang keris yang menjadi lambang kebanggaan pesilat RSS pada Malam Warisan Pendekar RSS Wilayah Kuching di Stadium Perpaduan kelmarin.
— Gambar Chimon Upon PERJUANGAN DITERUSKAN: Abang Johari menjulang keris yang menjadi lambang kebanggaan pesilat RSS pada Malam Warisan Pendekar RSS Wilayah Kuching di Stadium Perpaduan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia