Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia mahu tarik lebih ramai pelajar asing dengan jurusan baharu

-

Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) Sarawak akan memperkena­l jurusan baharu yang boleh menarik minat pelajar asing melanjutka­n pengajian di sini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata Curtin Sarawak Sarawak telah meluluskan beberapa jurusan bagi tujuan itu.

Antaranya bidang berkaitan keselamata­n siber, sistem informasi, pengurusan infrastruk­tur, sains serta jurusan lain yang bersesuaia­n.

“Kita percaya lebih ramai pelajar asing dari Curtin University Perth Australia melanjutka­n pengajian di Sarawak sama ada melalui projek pertukaran pelajar atau pelajar sepenuh masa,” katanya semasa menjadi hos makan tengahari bersama pelajar Curtin Perth semalam.

Lee menarik perhatian bahawa keputusan peperiksaa­n pelajar bagi Curtin Malaysia berada di tahap yang cemerlang.

“Keputusan peperiksaa­n kita di sini lebih baik dan cemerlang, bahkan ada di kalangan pelajar kita mencapai keputusan kelas pertama,” ujarnya.

Lee yang juga Pengarah Pengurusan Curtin Malaysia Miri memberitah­u, 20 pelajar dari fakulti Pengurusan Pembinaan dan Arkitek Curtin Perth itu menyertai kembara sambil belajar.

“Mereka seterusnya akan bertandang ke kawasan pedalaman Long Pilah, Baram untuk kajian budaya tempatan, sosial dan persekitar­an,” jelasnya.

Lee turut berharap pelajar dari Perth itu akan menjadi duta kecil kepada Curtin Sarawak dalam berkongsi pengalaman dan cerita menarik sepanjang di Sarawak.

“Sarawak memiliki keunikanny­a tersendiri bukan hanya budaya dan tradisi tetapi tempat pelanconga­n yang menjadi popular seperti Taman Negara Gunung Mulu,” ujarnya.

Hadir sama ialah Profesor Madya Khoa Do, Profesor Dr Emil Jonescu dan Koordinato­r Mobiliti Pelajar Eileen Chan.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Lee (empat kiri) bersama pelajar dari Curtin Perth sempena program pertukaran pelajar asing Curtin Malaysia Sarawak, semalam.
SELAMAT DATANG: Lee (empat kiri) bersama pelajar dari Curtin Perth sempena program pertukaran pelajar asing Curtin Malaysia Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia