Utusan Borneo (Sarawak)

RSS sasar lebih empat pingat emas pada SUKMA di Johor tahun depan

-

Pesilat Rumpun Silat Sarawak (RSS) dalam misi memburu lebih daripada empat pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor tahun depan.

Timbalan Presiden RSS Fazzrudin Abdul Rahman berkata, pada SUKMA 2018 di Perak lalu, pesilat Sarawak berjaya memperoleh­i empat emas, empat perak dan empat gangsa.

Sehubungan itu katanya, pesilat Sarawak akan berusaha untuk menambah pingat emas pada temasya di Johor nanti.

“RSS telah memulakan perancanga­n ke arah SUKMA 2020 sejak akhir tahun lepas lagi dan tahun ini RSS Wilayah Kuching telah mengadakan pertanding­an silat 5x5.

“Pertanding­an ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu pesilat sebagai persediaan Sarawak mengharung­i SUKMA 2020 di Johor nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Warisan Pendekar RSS Wilayah Kuching 2019 di Stadium Perpaduan di sini, kelmarin.

Bercakap mengenai program tersebut, Fazzrudin berkata ia menghimpun­kan seramai 350 pesilat dari 17 perguruan.

Antara objektifny­a ialah memastikan seni silat sentiasa dipelihara di samping memupuk minat kanak-kanak dan belia dalam seni mempertaha­nkan diri tersebut, katanya.

Lebih penting menurut Fazzrudin, menerusi program dan latihan bersama ini, ukhuwah dan perpaduan antara pesilat dan perguruan dapat diperkukuh­kan.

“Inilah sebenarnya matlamat yang kita hajati dan semoga kekuatan dan perpaduan in akan sentiasa berkekalan dem silat negeri Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia