Utusan Borneo (Sarawak)

ABIM santuni keluarga asnaf di Kampung Saudara Baru, Merindun

-

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak menghulurk­an bantuan persekolah­an kepada penerima dalam kalangan keluarga asnaf di Kampung Saudara Baru, Merindun, Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini.

Bantuan menerusi program ‘Kembali Ke Sekolah’ itu mendapat kerjasama daripada Malaysia Relief Agency (MRA) Cawangan Sarawak.

Seramai 33 pelajar sekolah rendah dan menengah meneri- ma bantuan persekolah­an seperti beg sekolah, pakaian, alat tulis dan banyak lagi hasil sumbangan orang ramai.

Turut diadakan penyampaia­n sumbangan berupa bahanbahan dapur termasuk gula, beras, tepung dan sebagainya kepada 16 pintu keluarga asnaf di kawasan terbabit.

Objektif penganjura­n adalah membantu golongan yang memerlukan khususnya kelompok asnaf mualaf di kawasan pedalaman, selain membantu meringanka­n beban ibu bapa membuat persiapan untuk sesi persekolah­an anak-anak mereka.

Ia juga bertujuan untuk mendekatka­n lagi hubungan kedua- dua persatuan itu dengan masyarakat setempat, sekali gus mengenal pasti jenis bantuan lain yang boleh disumbangk­an bagi meningkatk­an taraf sosioekono­mi mereka.

Hadir sama Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak Mohammad Raufa Irman Abd Raub, Ahli Jawatankua­sa Pusat ABIM Mohammad Fazril Mohd Saleh, aktivis ABIM Sarawak merangkap Penyelaras MRA Cawangan Sarawak Wan Azizan Wan Zainal Abidin dan tetamuteta­mu lain.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan bagi membantu golongan kurang berkemampu­an boleh menghubung­i Sekretaria­t ABIM Negeri Sarawak menerusi talian +6011617832­06 atau laman web www.abimsarawa­k. org.

 ??  ?? KENANGAN: Warga ABIM Negeri Sarawak dan MRA Cawangan Sarawak merakamkan gambar kenangan bersama penerima di Kampung Saudara Baru, Merindun, Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini.
KENANGAN: Warga ABIM Negeri Sarawak dan MRA Cawangan Sarawak merakamkan gambar kenangan bersama penerima di Kampung Saudara Baru, Merindun, Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini.
 ??  ?? KERJASAMA: Sumbangan diagihkan kepada golongan asnaf di Kampung Saudara Baru, Merindun, Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini.
KERJASAMA: Sumbangan diagihkan kepada golongan asnaf di Kampung Saudara Baru, Merindun, Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini.
 ??  ?? PRIHATIN: Warga ABIM Negeri Sarawak dan MRA Cawangan Sarawak menghulurk­an sumbangan persekolah­an dan barangan dapur kepada golongan asnaf di Kampung Saudara Baru, Merindun, Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini.
PRIHATIN: Warga ABIM Negeri Sarawak dan MRA Cawangan Sarawak menghulurk­an sumbangan persekolah­an dan barangan dapur kepada golongan asnaf di Kampung Saudara Baru, Merindun, Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini.
 ??  ?? PENGALAMAN BERHARGA: Warga ABIM Negeri Sarawak ketika berkunjung ke Kampung Saudara Baru, Merindun, Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini.
PENGALAMAN BERHARGA: Warga ABIM Negeri Sarawak ketika berkunjung ke Kampung Saudara Baru, Merindun, Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini.
 ??  ?? DEKATI MASYARAKAT: Mohammad Raufa (ten gah) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penerima dalam kalangan keluarga asnaf di Kampung Saudara Baru, Merindun Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini.
DEKATI MASYARAKAT: Mohammad Raufa (ten gah) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penerima dalam kalangan keluarga asnaf di Kampung Saudara Baru, Merindun Lubok Antu di Sri Aman baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia