Utusan Borneo (Sarawak)

Kabong berpotensi besar untuk berkembang lebih pesat

Sokongan masyarakat, pelan strategik dan majlis daerah sendiri perlu ada untuk mengubah landskap pembanguna­n

- Oleh Kepu Sidi

Dalam usaha ke arah itu, Kabong perlu ada majlis daerah sendiri untuk terus mengubah landskap pembanguna­n di

” sekitar daerah ini.

KABONG: Daerah Kabong masih memerlukan banyak sentuhan pembanguna­n sekali gus memerlukan sokongan dan komitmen padu daripada masyarakat setempat.

Bekas Pegawai Daerah (DO) Kabong Kamaludin Alkap berkata, daerah Kabong mempunyai potensi besar untuk berkembang dengan lebih pesat kerana ia mempunyai kelebihan daripada pelbagai aspek.

“Kabong perlukan pelan pembanguna­n strategik dan usaha ke arah itu perlu diperkasa.

“Dalam usaha ke arah itu, Kabong perlu ada majlis daerah sendiri untuk terus mengubah landskap pembanguna­n di sekitar daerah ini.

“Maka perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan wujudnya peluang untuk membawa pelabur luar masuk dan menyaksika­n berlakunya perubahan drastik di daerah ini dari semasa ke semasa yang boleh membawa impak positif kepada semua pihak,” katanya.

Kamaludin berkata demikian pada Majlis Simbolik Serah Terima Tugas Pegawai Daerah Kabong di Pantai Tanjung Kembang di sini, semalam.

Majlis ini turut disaksikan Ahli Dewan UNdangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd. Chee Kadir dan isteri Meryani Yasin.

Kamaludin menamatkan perkhidmat­annya kerana bersara wajib dan digantikan DO baharu Rashdan Hazemi.

Kamaludin telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 35 tahun tiga bulan dan perkhidmat­an terakhirny­a adalah sebagai DO Kabong selama tiga tahun tiga bulan.

Dalam amanatnya juga, Kamaludin turut berkata, tempoh sesingkat itu mem- batasi usaha beliau untuk membuat lebih banyak perubahan di daerah itu.

“Salah satu sektor yang perlu diberi perhatian serius selain sektor pertanian adalah pembanguna­n dalam sektor pelanconga­n yang mana aset sedia ada di kawasan ini perlu diperguna sebaik mungkin.

“Pertumbuha­n ekonomi di daerah ini adalah sekitar 2.5 peratus setahun yang dicatat dari 2016 hingga 2018.

“Ini bermakna penduduk hanya membelanja­kan sekitar RM20.50 sehari dan ini ternyata angka yang masih amat rendah dan perlu anjakan drastik,” tegasnya.

Pada masa yang sama juga katanya, penduduk di daerah ini amat berharap agar kemudahan berkaitan kesihatan dipertingk­atkan.

Jesteru itu, beliau berharap DO baharu akan terus berusaha untuk membawa daerah Kabong ke persada pembanguna­n yang lebih mampan dan membawa manfaat positif kepada masyarakat­nya.

Rashdan telah memulakan tugasnya sebagai DO Kabong yang baharu baru-baru ini dan dalam ucapan ringkasnya beliau berharap di sepanjang perkhidmat­annya nanti semua pihak dapat memberikan kerjasama terbaik bagi memastikan masa depan daerah Kabong terus berkembang.

Turut hadir pada majlis in ialah ketua kaum dan ketua masasyarak­at dari daerah Kabong dan Roban.

Kamaludin Alkap

Bekas Pegawai Daerah Kabong

 ??  ?? DO BAHARU: Rashdan (duduk) menandatan­gani surat terima tugas sambil disaksikan Kamaludin dan Mohd Chee.
DO BAHARU: Rashdan (duduk) menandatan­gani surat terima tugas sambil disaksikan Kamaludin dan Mohd Chee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia