Utusan Borneo (Sarawak)

Vandalisme dalam kawasan MDLBS makin menjadi-jadi

-

Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisma di kawasan seliaan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) semakin menjadijad­i, terutama melibatkan tong sampah awam.

Pengerusin­ya Sempurai Petrus Ngelai berkata, beliau amat kesal dengan perbuatan tidak bertanggun­gjawab itu lantas menyeru orang ramai menjadi mata dan telinga majlis.

“Kita berharap orang ramai dapat menjadi mata dan telinga majlis serta memberikan maklumat bagi menghalang perkara ini daripada terus berlaku.

“Perbuatan merosak dan membakar tong sampah awam ini menyusahka­n orang ramai.

“Banyak tong sampah awam yang disediakan di pusat pengumpula­n sampah kini hilang, dibakar atau dirosakkan,” ujarnya.

Memandangk­an tong sampah ini adalah harta benda awam, Sempurai berharap orang ramai bersama-sama menjaganya.

Menyentuh isu menternak ayam dan itik di belakang rumah di kawasan perumahan, beliau berkata, masalah terbabit kini semakin berkuranga­n.

Ramai pemilik kediaman yang engkar sebelum ini katanya, telah memberikan kerjasama dengan meroboh sangkar atau kurungan di belakang rumah bagi mengelakka­n daripada dikenakan tindakan.

“Sekurang-kurangnya usaha kita memberi kesedaran kepada penduduk telah memberikan kesan.

“Kita akan meneruskan usaha ini sehingga mencapai objektifny­a,” jelas beliau.

Sempurai menegaskan aktiviti menternak ayam dan itik di belakang rumah di kawasan perumahan adalah tidak sihat dan boleh membahayak­an kesihatan orang ramai.

Hasil pemeriksaa­n pihak majlis sebelum ini katanya, terdapat pemilik kediaman yang menternak haiwan peliharaan di hadapan dan belakang rumah mereka.

“Bagaimana perasaan penduduk lain yang terpaksa menghidu bau busuk serta berhadapan dengan masalah lalat setiap hari disebabkan tindakan mereka yang menternak haiwan peliharaan ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar membuat aduan rasmi kepada pihak majlis sekiranya mereka berdepan dengan masalah ini.

“Pihak majlis tidak akan bertolak ansur jika perkara ini melibatkan soal kesihatan dan keselamata­n,” tegas Sempurai.

 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia