Utusan Borneo (Sarawak)

Reman empat hari ke atas suspek kes curi beg pinggang pemandu lori

-

Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki mencuri beg pinggang seorang pemandu lori diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah mendengar permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Sarjan Zainurin Zainol dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Zainurin memberitah­u pada 2 Januari lalu, seorang pemandu lori telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 29, mendakwa sekitar jam 12.45 tengah hari, hari yang sama, ketika beliau bersama seorang rakan menghantar barang ke kedai di kawasan Jalan Brighton, beliau terdengar bunyi pintu lori yang diletakkan­nya di hadapan sebuah kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam dibuka.

Pengadu kemudian pergi ke arah lorinya itu dan ternampak seorang lelaki tidak dikenali telah mengambil beg pinggangny­a yang disimpan di dalam lori berkenaan dan terus melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

Menurut pengadu, beg pinggangny­a itu mengandung­i pelbagai barang termasuk satu unit telefon bimbit, kad pengenalan, lesen memandu serta kad bank.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 8 malam hari yang sama di Kampung Lembah Hijau di sini, polis telah menangkap semula seorang lelaki yang diserahkan oleh orang awam kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas telefon bimbit, kad pengenalan, lesen memandu serta barangan lain yang dilaporkan hilang oleh pengadu dari milik suspek.

Dalam permohonan lanjutnya, Zainurin memberitah­u reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 30 tahun dari Jalan Sagu 34, Taman Daya, Johor Bahru amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes serta dua rakan sepenjenay­ah suspek yang masih bebas, justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Mahkamah membenarka­n reman empat hari ke atas suspek sehingga 7 Januari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia