Utusan Borneo (Sarawak)

Belum ada keperluan bawa pulang rakyat Malaysia di Sudan: Saifuddin

Keadaan masih terkawal, mereka dinasihat elak kunjungi lokasi bergolak

-

KUANTAN: Belum ada keperluan untuk mengeluark­an arahan membawa pulang rakyat Malaysia di Khartoum, Sudan, kerana keadaan di negara itu masih terkawal pada masa ini, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau seterusnya berharap pergolakan di negara itu akan berakhir dan keadaan kembali tenang dalam masa terdekat.

Beliau berkata dianggarka­n kira-kira 150 rakyat Malaysia termasuk 109 penuntut, berada di negara berkenaan dan mereka dinasihatk­an untuk mengelak daripada mengunjung­i kawasan berhampira­n lokasi bergolak tersebut.

“Kita minta supaya ibu bapa tidak bimbang dan jangan panik dengan keadaan di sana kerana laporan mutakhir daripada wakil kita di sana menyatakan keadaan masih terkawal. Memang ada penuntut di sana yang sudah kembali ke Malaysia.

“Tetapi ia secara kebetulan sekarang musim universiti bercuti dan mereka yang pulang sudah membuat perancanga­n awal untuk pulang (ke Malaysia)...bukan disebabkan keadaan bergolak,” katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Dialisis kendalian Majlis

Kita minta supaya ibu bapa tidak bimbang dan jangan panik dengan keadaan di sana kerana laporan mutakhir daripada wakil kita di sana menyatakan keadaan masih terkawal. Memang ada penuntut di sana yang

“sudah kembali ke Malaysia.

Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Luar

Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Cenderawas­ih di sini, semalam.

Mengulas mengenai pertikaian ruang udara dengan Singapura ekoran pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Seletar, Saifuddin sekali lagi menegaskan isu yang akan diberi keutamaan pada pertemuan dengan rakan sejawat- nya, Vivian Balakrishn­an di negara berkenaan pada Selasa depan.

Beliau berkata Malaysia akan mengemukak­an cadangan supaya pesawat yang hendak mendarat di Lapangan Terbang Seletar melalui arah lain, dan bukannya menggunaka­n ruang udara Pasir Gudang, Johor bagi menyelesai­kan keadaan itu.

“Selain isu pendaratan di Seletar, antara isu lain akan dibincangk­an ialah perjanjian berkaitan pengurusan ruang udara yang dimeterai dengan Singapura pada 1974, garis pelabuhan Johor dan perjanjian air yang terletak di bawah kuasa Peguam Negara.

“Peguam Negara keduadua negara ada bertemu pada akhir tahun lalu dan pada pertemuan Selasa ini, saya berharap sekurang-kurangnya mendapat tempoh masa untuk perkara-perkara ini,” katanya.

Saifuddin menambah isu berkaitan sempadan adalah ‘urusan berpanjang­an’ yang biasa berlaku antara dua negara bersempada­n dan berharap penyelesai­an dalam situasi ‘ menang- menang dapat dicapai oleh kedua-dua negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTANYA KHABAR: Saifuddin (tengah) yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota bertanya khabar pesakit buah pinggang ketika melawat Pusat Dialisis Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Kampung Cenderawas­ih, Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama BERTANYA KHABAR: Saifuddin (tengah) yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota bertanya khabar pesakit buah pinggang ketika melawat Pusat Dialisis Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Kampung Cenderawas­ih, Kuantan, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Xavier (empat kiri) melihat sistem saliran air ketika mengadakan tinjauan di Kampung Orang Asli Sungai Tiang, Cam eron Highland, semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Xavier (empat kiri) melihat sistem saliran air ketika mengadakan tinjauan di Kampung Orang Asli Sungai Tiang, Cam eron Highland, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia