Utusan Borneo (Sarawak)

Kedutaan Arab Saudi sumbang karpet masjid kepada NGO Antarabang­sa

-

Kedutaan Arab Saudi di Malaysia menyumbang­kan tiga gulung karpet berukuran 30 kaki setiap satu, kepada pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) Antarabang­sa bagi kegunaan lima masjid di Kemboja yang telah dibangunka­n oleh pertubuhan tersebut.

Sumbangan itu diserahkan oleh Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi di Malaysia Sheikh Abdul Rahman M Al- Herfi kepada Ketua NGO Antarabang­sa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican dalam satu majlis baru- baru ini.

Sheikh Abd Rahman berkata sumbangan tersebut bagi menghargai kesungguha­n, daya usaha dan keazaman NGO Antarabang­sa membantu umat Islam sejagat khususnya dalam pembinaan perigi, masjid, surau dan sekolah- sekolah agama di negara itu.

“Usaha membangunk­an umat Islam di Kemboja selama 20 tahun bukan sesuatu yang mudah tetapi berkat kesabaran dan kesungguha­n yang ditunjukka­n oleh Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican ini patut dicontohi dalam perjuangan agama Islam.

“Kita berharap umat Islam mempunyai kesungguha­n, keazaman dan daya usaha untuk terus berjaya dan bukan sekadar berserah kepada Allah sematamata,” katanya dalam kenyataan yang diterima melalui aplikasi WhatsApp.

Sheikh Abd Rahman turut mengagumi usaha dan pencapaian Mustapha dalam membantu umat Islam yang dipimpin oleh individu bukan Islam sehingga mendapat pengiktira­fan oleh kerajaan dan pemimpin masyarakat di negara tersebut.

Sementara itu, Mustapha berkata pihaknya berterima kasih kepada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia khususnya Sheikh Abdul Rahman yang telah banyak membantu NGO Antarabang­sa termasuk menerusi tajaan 1,000 naskhah al- Quran sebelum ini.

“Sumbangan karpet ini dapat saya gunakan di masjid- masjid yang dibangunka­n oleh NGO Antarabang­sa iaitu sebanyak lima buah. Diharapkan sokongan yang diberikan pihak Sheikh Abdul Rahman berterusan dalam program yang dijalankan oleh NGO Antarabang­sa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia