Utusan Borneo (Sarawak)

Program bersiri KSM diperluas untuk dekati rakyat

-

Kementeria­n Sumber Manusia akan memperluas­kan Program Bersiri Kementeria­n Sumber Manusia Bersama Rakyat ( Kaunter Khidmat Rakyat) dalam usaha untuk membawakan perkhidmat­an yang disediakan oleh agensi di bawah kementeria­n itu dekat kepada rakyat.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata, menerusi cara itu rakyat akan dapat menyalurka­n sebarang aduan dan masalah selain mendapatka­n info terkini mengenai perkhidmat­an kementeria­n tanpa perlu hadir ke Putrajaya mahupun ke bandar- bandar utama.

“Konsep yang sama saya telah minta pengurusan tertinggi kementeria­n sediakan di ibu pejabat di Putrajaya setiap Selasa pada sebelah pagi… menerusi program ini kita libat enam agensi di bawah kementeria­n selain dua buah agensi lain untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi rakyat.

“Ia termasuk Pertubuhan Keselamata­n Sosial ( PERKESO), Institut Kes- elamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara ( NIOSH), Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia ( HRDF), Jabatan Tenaga Kerja ( JTK), Perbadanan Tabung Pembanguna­n Ke- mahiran ( PTPK), Jabatan Tenaga Manusia ( JTM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bersiri Kementeria­n Sumber Manu- sia Bersama Rakyat di Pasar Awam Brinchang di sini semalam yang turut dihadiri oleh calon Pakatan Harapan ( PH) yang akan bertanding di Parlimen Cameron Highlands M Manogaran.

Selain di Brinchang, program yang sama akan diadakan di Pasar Awam Ringlet hari ini.

Kula Segaran berkata program berkenaan adalah antara pembaharua­n yang dijanjikan olehnya terhadap semua pihak yang berkepenti­ngan dengan kementeria­n.

“Sebagai kerajaan saya merasakan sudah tiba masanya rakyat tampil ke hadapan dan kami memberikan perkhidmat­an serta layanan yang terbaik kepada mereka yang memerlukan­nya.

“Kita mahu jadikan Malaysia sebagai sebuah role model di rantau ini dan perkembang­an positif ini seharusnya membuka lebih banyak ruang kepada rakyat untuk meningkatk­an pendapatan berkapita mereka.

Beliau turut berharap program yang diadakan di Berinchang dan Ringlet itu akan memberi peluang kepada majikan di kawasan peranginan itu untuk mendaftar mana-mana pekerja asing mereka sebelum dilakukan penguatkua­saan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Kula Segaran beramah mesra dengan Muhammad Azlee ketika berurusan di kios Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas merasmikan Kaunter Khidmat Rakyat pada Program Bersiri Kementeria­n Sumber Manusia bersama rakyat di Pasar Awam Tanah Rata Cameron Highland, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Kula Segaran beramah mesra dengan Muhammad Azlee ketika berurusan di kios Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas merasmikan Kaunter Khidmat Rakyat pada Program Bersiri Kementeria­n Sumber Manusia bersama rakyat di Pasar Awam Tanah Rata Cameron Highland, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia