Utusan Borneo (Sarawak)

UMP duduki tangga ke-97 terbaik dunia dalam penarafan Universiti Hijau

-

Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya memperbaik­i kedudukan daripada tangga ke-107 pada 2017 kepada ke-97 terbaik dunia dalam Penarafan UIGreenMet­ric World University Ranking tahun lepas.

Keputusan itu juga menjadikan UMP berada pada kedudukan keenam terbaik di Malaysia, ke-29 terbaik Asia dan kedudukan ke-16 Asia Tenggara berdasarka­n usaha kelestaria­n kampus hijau dan pengurusan alam sekitar yang telah diumumkan baru-baru ini.

Penilaian ini dibuat berdasarka­n enam kriteria utama iaitu keluasan tanah dan infrastruk­tur (15 peratus), tenaga dan perubahan iklim (21 peratus), sisa buangan (18 peratus), air (10 peratus), pengangkut­an (18 peratus) dan Pendidikan (18 peratus).

Naib Canselor UMP Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim dalam satu kenyataan berkata pencapaian itu merupakan komitmen berterusan pihak universiti terhadap pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar melalui pelbagai aktiviti pengajaran, penyelidik­an, kokurikulu­m dan sistem pengurusan kualiti berteraska­n pengurusan alam sekitar yang berkesan.

“Agenda penghijaua­n kampus dan penjimatan antara yang sering menjadi keu- tamaan universiti dalam setiap perancanga­n dan belanjawan tahunan.

“UMP juga mengamalka­n konsep 3R (Reduce, Reuse & Recycle), dalam menguruska­n pelbagai jenis bahan buangan yang dihasilkan oleh universiti.

“Malah, universiti turut memastikan satu sistem pengurusan berkesan dalam menyingkir­kan bahan buangan universiti dan pelupusan sisa yang mampan serta ber- tanggungja­wab,” katanya.

Warga UMP juga, katanya akan terus memberikan sepenuh komitmen dan sumbangan dalam mengurangk­an kesan negatif terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti seharian.

Mereka juga menggunaka­n sumber secara optimum tanpa menjejaska­n keperluan generasi akan datang demi memperjuan­gkan masa hadapan yang mampan dan kesejahter­aan bumi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia