Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan P. Pinang lulus RM1.14 juta kepada 22 sekolah mubaligh

-

Kerajaan Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM1.14 juta untuk kerja-kerja penambahba­ikan 22 sekolah mubaligh yang membuat permohonon dan berkelayak­an di negeri ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata daripada jumlah itu, kebanyakan sekolah menggunaka­n peruntukan tersebut untuk membaiki kerosakan struktur sekolah serta kerja-kerja menaik taraf dan pengubahsu­aian.

“Meskipun jumlah ini mungkin tidak seberapa untuk menampung segala keperluan sekolah, saya amat berharap agar peruntukan ini sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban pihak sekolah terutamany­a dalam memastikan keselesaan dan keselamata­n pelajar terus terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan replika cek kepada sekolah-sekolah mubaligh di sini, semalam.

Chow berkata walaupun sektor pendidikan bukan d bawah bidang kuasa kerajaan negeri, pentadbira­nnya akan terus memberi bantuan sewajarnya dan keutamaan kepada sekolah yang memerlukan sokongan tersebut.

“Sejak 10 tahun lepas, kerajaan negeri berhasrat memacukan pendidikan ke arah era digital berasaskan konsep pendidikan Sains, Teknologi Kejurutera­an dan Matematik (STEM) agar Pulau Pinang menjadi pusat kecemerlan­gan sains dan teknologi,” katanya.

Selain itu, Chow berkata Perpustaka­an Digital Pulau Pinang (PDL-2) bakal beroperasi tidak lama lagi selepas kerja-kerja pembesaran yang menelan kos RM10.8 juta siap sepenuhnya

“Kerja-kerja pembesaran ini akan membolehka­n PDL-2 dapat memuatkan 540 pengguna dalam satu-satu masa untuk melaksanak­an pelbaga aktiviti atau program,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia