Utusan Borneo (Sarawak)

N. Sembilan harap lebih banyak inisiatif bersama swasta jaga alam sekitar

-

Kerajaan Negeri berharap lebih banyak inisiatif dapat dijalankan antara agensi kerajaan dan syarikat swasta dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n menjaga kebersihan alam sekitar dan kawasan rekreasi.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata syarikat swasta juga digalakkan menjadi bapa angkat kepada kawasan ekopelanco­ngan di negeri ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatk­an prestasi kawasan itu.

“Dalam usaha mempromosi dan menaik taraf industri ekopelanco­ngan di negeri ini, Kerajaan Negeri akan melakukan penambahba­ikan di kawasan berkenaan.

“Antaranya menaik taraf jalan dan pencahayaa­n selain meyediakan papan tanda yang baharu dan besar bagi memudahkan pelancong serta pendak datang ke sini dengan selesa dan lebih senang pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas program Plogging @ Gunung Datuk di sini, semalam. Turut hadir Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan Salim Aman.

Seramai 200 peserta terlibat dalam program anjuran bersama Jabatan Perhutanan negeri, Kibing Group Malaysia Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Negeri Sembilan.

M e n g e n a i l a r a n g a n merokok di premis makanan yang berkuat kuasa Selasa lepas, beliau berpuas hat setakat ini dan berharap ia terus dipatuhi bagi memastikan kebaikan semua pihak terutama kanak-kanak dan warga emas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia