Utusan Borneo (Sarawak)

OKU syukur isteri terima kekurangan diri

-

Seorang buruh yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak hentihenti mengucapka­n syukur selepas selamat diijabkabu­lkan dengan pasangan pilihannya di sini, semalam.

Anton Bakhtiar, 24, yang kudung tangan kanan dan cacat pada kaki kanan berkata beliau berasakan dirinya ibarat bermimpi dengan kesudian Noor Aina Nazihah Mohd Alshokre, 18, menerimany­a sebagai suami walaupun dengan kekurangan yang ada pada dirinya.

Beliau yang berasal dari Sabah berkata mula berkenalan dengan isterinya yang berasal dari Kampung Polo di sini, sejak lima tahun lalu menerusi laman sosial.

“Saya hanya mampu mengucapka­n terima kasih kepada isteri yang seikhlas hati menerima saya tanpa ada rasa rendah diri bersuamika­n insan istimewa. Saya berharap rumah tangga kami akan berpanjang­an,” katanya.

Anton dan Noor Aina Nazihah merupakan satu daripada 10 pasangan yang menyertai Majlis Perkahwina­n beramairam­ai anjuran Empire D’Butik Lavida Magica di dewan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, semalam.

Bagi Nor Arif Zakwan Mohd Mahyuddin, 26, dan pasanganny­a Sh Farah Amina Abdul Rahman, 27, menyifatka­n hari bahagia mereka lebih bermakna kerana dikongsi ber- sama sembilan pasangan lain, selain lebih meriah dengan kehadiran ramai tetamu.

“Kami tahu mengenai majlis perkahwina­n beramai-ramai ini melalui laman sosial Facebook. Selepas berbincang dengan bakal isteri, kami bersetuju untuk menyertai majlis perkahwina­n perdana hari ini (semalam) kerana berasakan ia menarik dan pengalaman yang unik,” katanya.

Sementara itu, wakil penganjur Ahmad Azriman Shah Abdul Rahman berkata pasangan yang berminat menyertai majlis itu hanya dikenakan bayaran sebanyak RM3,000 dan ia merupakan satu cara mereka membantu pasangan muda mendirikan rumah tangga. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SYUKUR: Anton bersama isteri Noor Aina Nazihah ceria ketika disandingk­an serentak pada Majlis Perkahwina­n RamaiRamai di Dewan Majlis Ugama Islan dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dekat Pekann, semalam.
— Gambar Bernama SYUKUR: Anton bersama isteri Noor Aina Nazihah ceria ketika disandingk­an serentak pada Majlis Perkahwina­n RamaiRamai di Dewan Majlis Ugama Islan dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dekat Pekann, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia