Utusan Borneo (Sarawak)

Polis rampas 1,127 mesin simulator judi dalam talian bernilai RM2.7 juta

-

Polis merampas sebanyak 1,127 mesin simulator judi dalam talian dianggarka­n bernilai RM2.7 juta dalam satu serbuan di sebuah gudang di Seri Kembangan, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata serbuan kira- kira jam 1 pagi itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang selepas membuat risikan sejak dua hari lalu hasil maklumat daripada orang awam.

“Bagaimanap­un, gudang ini didapati tidak berpenghun­i ketika serbuan dilakukan sebaliknya hanya longgokan kotak mengandung­i bahagian- bahagian mesin simulator.

“Siasatan awal mendapati mesin-mesin simulator judi dalam talian ini dipercayai untuk dibekalkan ke lebih 1,000 premis judi dalam talian di seluruh negara.

“Mesin- mesin simulator ini diimport dari luar negara dan dianggarka­n sudah dis- impan di dalam gudang ini kira- kira dua bulan lalu,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di Taman Bukit Serdang, di sini, semalam.

Beliau berkata, rampasan itu merupakan serbuan terbesar setakat ini membabitka­n mesin simulator judi dipercayai digunakan untuk aktiviti judi dalam talian.

Tambah Ismadi, pihaknya sedang giat mengenal pasti dalang di sebalik sindiket ini termasuk pemilik gudang kerana dipercayai gudang berkenaan adalah tempat simpanan dan baik pulih mesin-mesin tersebut.

Ismadi berkata kesemua rampasan akan diserahkan kepada pihak kastam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barang-barang larangan.

Sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan atau dipenjarak­an tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia