Utusan Borneo (Sarawak)

500 liter cecair asid nitrik tumpah ketika proses pemindahan

-

Kira-kira 500 liter cecair asid nitrik tertumpah ketika dalam proses pemindahan di sebuah kilang pembuatan komponen komputer di Taman Teknologi Cheng di sini, malam kelmarin.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Zulkifli Nordin berkata pihaknya mengambil masa lebih empat jam untuk meneutral dan membersihk­an tumpahan bahan kimia berkenaan menggunaka­n ‘soda ash’ sebelum operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 1.09 pagi semalam.

Beliau berkata tumpahan asid nitrik berkenaan perlu dikumpulka­n terlebih dahulu sebelum proses pelupusan dilakukan.

“Kita menerima panggilan kecemasan berkaitan tumpahan bahan kimia itu kira-kira 7.52 malam kelmarin dan menghantar sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kubu, Unit Perkhidmat­an Kecemasan Perubatan dan Menyelamat serta Unit Gerak Cepat Bermotosik­al melibatkan 15 keanggotaa­n bergegas ke tempat kejadian dan tiba 15 minit kemudian.

“Apabila kita tiba di tempat kejadian, memang benar terdapat tumpahan bahan kimia yang belum dikenal pasti sebelum menanti ketibaan Pasukan Unit Bahan Berbahaya dari BBP Alor Gajah bersama 15 keanggotaa­n yang tiba kirakira 8.30 malam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat operasi di sini, awal pagi semalam.

Katanya tumpahan berkenaan menyebabka­n cecair kimia yang mempunya kepekatan 10 ‘parts per million’ dan bacaan ph 1.1 itu mengalir dalam radius kirakira 10 meter persegi di luar bangunan kilang tersebut.

Zulkifli berkata cecair berkenaan bersifat menghakis dan ia boleh menyebabka­n sesak nafas, pengsan atau kematian selain kesan kepada kulit sekiranya terdedah terlalu lama dengan bahan kimia tersebut

Beliau berkata bagaimanap­un tiada perkara yang tidak diingini berlaku terutama melibatkan pekerja kilang kerana sebaik insiden tumpahan cecair itu berlaku, pihak kilang telah mengambil langkah yang sewajarnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia