Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat terapi ‘Little Genius’ UTM lengkap bilik sensor, latihan dan pendidikan

-

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuka Pusat Terapi dan Pembelajar­an ‘Little Genius’ pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan ‘ Multi Sensory Smart Room’ dan pelbagai aktiviti pendidikan serta latihan untuk kanak-kanak berkeperlu­an khas.

Pensyarah Kanan dan Kumpulan Penyelidik Community Developmen­t (CDE), School of Education UTM, Dr Dayana Farzeeha Ali berkata sebanyak 250 keluarga seluruh Johor termasuk kakitangan (UTM) telah berdaftar di pusat terapi itu yang memulakan operasinya semalam.

Katanya, Little Genius dibangunka­n di bawah Unit Endowmen UTM dan dikendalik­an oleh kumpulan penyelidik dari CDE dan Penawar Special Learning Center (PSLC).

“Kita adalah satu- satunya institusi pendidikan yang menggabung­kan elemen-elemen seperti terapi, pendidikan, kesedaran dan latihan dalam pusat terapi ini.

“Selain ada bilik sensor untuk rangsang minda yang tidak banyak ada di luar, kita turut sediakan program latihan di pusat terapi untuk membantu ibu bapa dan guru dalam mengendali­kan mereka ( anak berkeperlu­an khas) khususnya autisme sama ada di rumah mahupun sekolah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan pusat terapi berkenaan, di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Endowment Profesor Dr Yusof Boon dan Jurupulih Carakerja PSLC, Hospital Penawar, Ruwinah Abdul Karim.

Menurutnya, pusat terapi itu dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10 malam dan bayaran yang dikenakan untuk satu sesi terapi hanyalah RM78 berbanding kos terapi di luar yang hampir mencecah sehingga RM200.

“Seramai 15 para terapi yang berkelayak­an dari CDE dan 15 jurupulih dari PSLC mengendali­kan pusat terapi ini, ini membuatkan ibu bapa lebih selesa dan senang untuk buat temu janji kerana kita ada ramai pengendali,” katanya.

Sementara itu, Ruwinah berkata pembukaan pusat terapi itu membuka peluang kepada ibu bapa untuk membuat pengesanan awal sekiranya mengalami keraguan terhadap anak mereka yang kemungkina­n adalah berkeperlu­an khas.

Katanya, komitmen ibu bapa adalah penting bagi memastikan anak mereka mendapat sesi terapi seawal usia 18 bulan hingga 12 tahun.

“Seperti autisme, ia tidak boleh pulih sehingga 100 peratus tetapi dengan menghadiri sesi terapi boleh improve sehingga 80 peratus.

“Ibu bapa juga boleh tengok tanda- tanda awal autisme seperti kemahiran sosial anak mereka, ada yang aktif masalah dalam pergaulan suka bersendiri dan masalah pertuturan, justeru itu ses terapi adalah sangat penting,” katanya.

Tambah Yusof, beliau mengharapk­an agar pembukaan pusat terapi berkenaan dapat menyerlahk­an lagi peranan UTM untuk membangun, melatih dan membantu masyarakat sekitar khususnya mereka yang mempunyai anak berkeperlu­an khas.

Bagi mereka yang berminat untuk menghantar anak mereka di Pusat Terapi dan Pembelajar­an ‘Little Genius boleh melayari laman web endowmen@ utm. my atau melalui Facebook ‘ Little Genius’. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Yusof (tiga kanan) bersama Pensyarah Kanan Kumpulan Penyelidik Pembanguna­n Komunit dan Pelajaran UTM Dr Dayana Farzeeha Ali (dua kanan) serta Ruwinah (kiri) bermain bersama kanak kanak berkeperlu­an khas sempena pembukaan Pusat Terapi dan Pembelajar­an ‘Little Genius’ di UTM hdekat Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Yusof (tiga kanan) bersama Pensyarah Kanan Kumpulan Penyelidik Pembanguna­n Komunit dan Pelajaran UTM Dr Dayana Farzeeha Ali (dua kanan) serta Ruwinah (kiri) bermain bersama kanak kanak berkeperlu­an khas sempena pembukaan Pusat Terapi dan Pembelajar­an ‘Little Genius’ di UTM hdekat Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia