Utusan Borneo (Sarawak)

Lantikan presiden baharu UIAM masih jadi tanda tanya

Perbincang­an mengenai pelantikan masih berlangsun­g antara Kementeria­n Pendidikan dan Ketua Perlembaga­an UIAM, Sultan Pahang

-

KUALA LUMPUR: Spekulasi pelantikan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar sebagai presiden baharu universiti berkenaan bagi menggantik­an Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, masih menjadi tanda tanya.

Rektor UIAM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, tanpa menamakan nama-nama individu, berkata, perbincang­an mengenai pelantikan itu masih berlangsun­g antara Kementeria­n Pendidikan dan Ketua Perlembaga­an UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

“Perkara ini (urusan pelantikan) masih sedang berlangsun­g dan kita perlu mendapat perkenan Sultan Pahang. Terserah kepada Tuanku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidanga­n

Mydin tidak lagi jadi pembekal utama. Sekarang semua (syarikat) boleh membekal produk. Ini akan memberi peluang kepada mereka untuk menggunaka­n program (KR1M) untuk menambah dan meningkatk­an jumlah

” barangan sehingga ke pedalaman.

Makmal Kemanusiaa­n 2.0, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang menyebut Mohd Daud dikatakan bakal dilantik sebagai Presiden UIAM.

Persidanga­n sehari anjuran Mercy Malaysia itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif Pusat Rohingya ASEAN, Tan Sri Syed Hamid Albar, Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus dan wakil Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Racel Demas.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata UIAM bagaimanap­un bersedia dan terbuka menerima sesiapa saja yang bakal dilantik bagi jawatan itu.

“Bagaimanap­un, kami meletakkan kepercayaa­n sepenuhnya terhadap pilihan yang dibuat oleh kementeria­n. Setakat ini Maszlee masih menjalanka­n tugas sebagai presiden kerana tidak ada surat rasmi (peletakan jawatan),” katanya.

Sebelum ini, lantikan Maszlee bagi jawatan utama universiti tu menjadi kontrovers apabila mendapat bantahan dan pihak tertentu yang mempersoal­kan kelayakan beliau yang memegang portfolio sebagai menteri kabinet selain bercanggah dengan inti pat manifesto Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada November lepas, Maszlee mengumumka­n untuk melepaskan jawatan itu, namun tidak berkuat kuasa sertamerta kerana perlu menyelesai­kan beberapa isu berkaitan termasukla­h mencari penggantin­ya. — Bernama

Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak Rektor UIAM

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Nor Hisham (tengah) meninjau keadaan lalu lintas di Jalan Kerinchi semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Nor Hisham (tengah) meninjau keadaan lalu lintas di Jalan Kerinchi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia