Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an bas ‘GoKL’ akan diperluas ke Parlimen Setiawangs­a, Lembah Pantai

-

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperluas­kan rangkaian perkhidmat­an bas ‘GoKL’ di Parlimen Setiawangs­a dan Lembah Pantai menjelang Februari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya mendapati ada keperluan untuk menambah laluan perkhidmat­an bas percuma itu ke kawasan-kawasan projek perumahan rakyat (PPR) terutama di kedua-dua kawasan parlimen itu.

“Ia juga dapat mengurangk­an beban golongan berpendapa­tan rendah terutamany­a penduduk PPR supaya mereka dapat memanfaatk­an pengangkut­an awam percuma itu untuk bergerak.

“Kami menjangkak­an la- luan tambahan perkhidmat­an bas ‘GoKL’ itu dapat dilancarka­n sempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n pada 1 Feb ini di kedua-dua parlimen itu sebagai kemudahan tambahan kepada warga kota,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan lalu lintas di Jalan Kerinchi di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Perancanga­n DBKL Datuk Mahadi Che Ngah dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Nor Hisham berkata pihaknya juga bercadang untuk membina sebuah tempat letak kereta bertingkat bagi mengurangk­an masalah kesesakan lalu lintas kritikal di Pantai Dalam dan kawasan sekitar.

“Cadangan pembinaan par- kir bertingkat itu masih dalam perbincang­an, kami sedang berusaha untuk mengatasi masalah parkir haram di bahu jalan yang menyebabka­n kesesakan jalan raya secara berperingk­at,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata selain perancanga­n rapi oleh pihak pemaju dengan DBKL, keputusan secara situasi menang-menang perlu dicapai memandangk­an ia turut melibatkan pelbagai pihak termasuk peniaga, syarikat-syarikat korporat serta sekolah-sekolah di sepanjang Jalan Kerinchi dan kawasan Pantai Dalam.

“Kami bersedia untuk membuat ‘engagement’ bersama mereka, duduk berbincang supaya masalah kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan mudah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia